Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi Parlimen Sibuti bakal saksi pertanding­an tiga penjuru

-

MIRI: Kerusi Parlimen P218 Sibuti bakal menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurut sumber, PKR dan PAS telah bergerak ke kawasan berkenaan dan membuka bilik gerakan masing-masing sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Meskipun belum diumumkan secara rasmi calon daripada kedua- dua parti pembangkan­g itu, namun sudah terdapat ura-ura bahawa anak tempatan bakal mengisi borang penamaan calon nanti.

“Namun demikian, Paka- tan Harapan (PH) dan PAS kali ini kurang menonjolka­n calon mereka dan kemungkina­n disebabkan karekter pemimpin parti yang kurang menarik.

“Pada masa sama kebergantu­ngan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya dijadikan bahan kempen untuk meraih sokongan pengundi,” katanya.

Bagi calon BN pula, ia masih menjadi tanda tanya kerana PRU kali ini tidak menyaksika­n pemimpin teratas mendedah atau memberi klu sama ada penyandang­nya kekal atau berganti muka baharu.

Isu calon turut mendominas­i kerusi Parlimen Sibuti apabila menyaksika­n lebih 10 nama dihantar bagi pertimbang­an kerajaan BN Negeri dan BN Pusat.

Bagaimanap­un, penyandang kerusi itu Datuk Ahmad Lai Bujang menyerahka­n keputusan kepada pucuk kepimpinan tertinggi BN Pusat dan BN Negeri untuk membuat keputusan.

Ahmad Lai mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sibuti pada PRU lalu selepas menang besar dengan majoriti 6,066 menewaskan calon PAS Robby@ Muhamad Zaid Tandang.

Pertanding­an dua penjuru itu menyaksika­n Ahmad Lai mendapat 13,348 undi, mengalahka­n Robby yang hanya memperoleh­i 7,282 undi.

 ??  ?? KUASA WANITA : Fatimah (duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat persiapan majlis pelancaran jentera pilihan raya Wanita BN Sarawak. Turut kelihatan (duduk, dari kiri) Simoi, Chiew, Kho, Doris, Susan dan Sharifah Hasidah.
KUASA WANITA : Fatimah (duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat persiapan majlis pelancaran jentera pilihan raya Wanita BN Sarawak. Turut kelihatan (duduk, dari kiri) Simoi, Chiew, Kho, Doris, Susan dan Sharifah Hasidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia