Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunkan Pusat Inkubator Usahawan My Pride di penjara

-

KUCHING: Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar menyaranka­n agar Pusat Inkubator Usahawan My Pride turut dibangunka­n di Penjara Sarawak.

Beliau berkata penubuhan pusat inkubator itu bertujuan melatih banduan dalam bidang keusahawan­an.

“Saya berharap Pusat Inkubator Usahawan My Pride turut dibangunka­n di negeri Sarawak yang kaya dengan pelbagai produk yang boleh ditawarkan terutama kepada para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke228, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Lembaga Pelawat Negeri Sarawak di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjata Negeri Sarawak dekat sini semalam.

Zulkifli memberitah­u, hasil pemasaran produk dan perkhidmat­an di bawah My Pride mencatat peningkata­n pendapatan daripada RM34.9 juta pada 2016 kepada RM36 juta tahun lalu.

Sementara itu beliau berkata pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2017 menyaksika­n seramai 144 calon atau 92.39 peratus daripada 156 calon dari Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti Jabatan Penjara layak mendapat sijil SPM.

“Tujuh sekolah mencapai kelulusan 100 peratus dan kali ini lima orang telah diangkat sebagai pelajar terbaik,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap ‘ Sekolah Satelit’ diperluask­an di seluruh institusi penjara yang tidak mempunyai sekolah termasuk di negeri Sarawak.

Ia katanya, membolehka­n pelajar dibantu dari segi akademik dan kemahiran lain di penjara.

“Akhir sekali, syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang, Pingat/ Reben Jabatan Penjara Malaysia dan ahli-ahli Lembaga Pelawat yang dilantik,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 91 pegawai penjara dari seluruh Sarawak menerima APC dan 38 lagi menerima Anugerah Pingat/Reben Jabatan Penjara Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia