Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS tumpu usaha bangun modal insan Industri 4.0

-

K U C H I N G : P u s a t Pembanguna­n Kemahiran Sarawak ( PPKS) kini m e n u m p u k a n u s a h a membangunk­an modal insan dalam Industri 4.0 untuk melengkapk­an kerajaan dan industri.

Sehubungan itu, Pengarah Eksekutifn­ya Hallman Sabri berkata PPKS akan menubuhkan Makmal Industri 4.0 dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Berdasarka­n maklum balas kepada permintaan pelbagai industri di Sarawak untuk membangunk­an tenaga kerja yang memenuhi keperluan Industri 4.0, PPKS akan menubuhkan Makmal Industri 4.0.

“Ini akan memberi sumbangan yang jauh ke arah keupayaan dan kualiti tenaga kerja sekarang dan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Sesi Perkongsia­n Industri 4.0 dan Internet of Things (IoT) oleh Pengarah Jualan dan Penyelesai­an Tenaga, Robert Bosch Sdn Bhd Royce TS Tan di auditorium PPKS di sini, semalam.

Terdahulu, Hallman berkata sebagai penyedia latihan berdaftar dengan Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDF), PPKS telah menyediaka­n program latihan yang bersesuaia­n dalam bidang kemahiran dan teknikal.

Malah, katanya PPKS juga komited memenuhi kepentinga­n Industri 4.0 dan ekonomi digital di Sarawak, di mana terdapat keperluan mendesak untuk pelbagai sektor industri di Sarawak supaya melonjak dari Industri 2.0 kepada Industri 4.0.

“Oleh itu, sebagai Pusat Kecemerlan­gan dalam Teknologi ( CoET), PPKS menjalanka­n program Pemerkasaa­n Kebangsaan Dalam Pensijilan dan Latihan Untuk Pekerjaan Generasi Baharu (NECT-Gen-Industry 4.0) kepada syarikat-syarikat yang menyumbang levi kepada HRDF.

“Antara yang ditawarkan adalah Big Data, Cloud Computing, Keselamata­n Siber, IoT dan Integrasi Vertikal,” katanya.

Menurut Hallman sejak ditubuhkan pada 1994, PPKS telah menyediaka­n pendidikan teknikal dan vokasional yang berkaitan dengan industri dan latihan untuk melengkapk­an tenaga kerja dengan kemahiran teknikal yang diperlukan.

Malah katanya, PPKS juga bekerjasam­a rapat dengan pihak berkepenti­ngan (kerajaan dan industri) untuk menghasilk­an tenaga kerja yang berkelayak­an dan cekap menerusi pembelajar­an dan pembanguna­n berterusan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Setiausaha Majlis Pengurusan PPKS Datuk Maznah Dasmi menyampaik­an cenderamat­a kepada TS Tan sambil disaksikan Hallman (kanan di Kuching, semalam.
PENGHARGAA­N: Setiausaha Majlis Pengurusan PPKS Datuk Maznah Dasmi menyampaik­an cenderamat­a kepada TS Tan sambil disaksikan Hallman (kanan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia