Utusan Borneo (Sarawak)

LHDNM yakin kutipan cukai pada tahun ini meningkat

-

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) yakin kutipan cukai pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM Datuk Seri Sabin Samitah berkata, keyakinan itu ekoran peningkata­n kutipan cukai yang dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini iaitu sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.

“Inibukansa­hajadiseba­bkan keadaan ekonomi negara yang baik tetapi juga hasil kecekapan pengawai-pegawai dengan bantuan daripada pihak media yang melaporkan setiap program pematuhan dan pendidikan tentang cukai kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra LHDNM Bersama Media Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Malah, Sabin mendedahka­n pada tahun lepas kutipan cukai turut meningkat sebanyak RM9 bilion berbanding 2016.

Beliau menjelaska­n, pada 2017 pihaknya berjaya mencatat kutipan sebanyak RM123.23 bilion iaitu peningkata­n 8.15 peratus berbanding 2016.

“Malah, kutipan LHDNM di Sarawak turut meningkat kepada RM5.06 bilion pada 2017 berbanding kutipan RM4.79 bilion pada 2016,” katanya.

Beliau berkata peningkata­n kutipan cukai itu hasil sumbangan pengamal media yang membantu menyebarlu­askan mesej positif mengenai kepentinga­n cukai pendapatan.

“Melalui penyampaia­n yang berkesan rakyat Malaysia pada masa ini lebih mempunyai kesedaran tentang tanggungja­wab untuk mengisytih­arkan pendapatan dan membuat pembayaran cukai.

“J u s t e r u , k a m i mengucapka­n terima kasih kepada rakan media dalam membantu kami menyebarka­n maklumat berkaitan kepada orang ramai,” ujarnya.

Pada majlis itu, Sabin turut memperkena­lkan lagu ‘Jingle’ LHDNM yang bertujuan mempromosi­kan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat di negara ini.

Jelasnya, lagu tersebut akan dimainkan dicorong-corong radio di seluruh negara dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris berdurasi 30 saat dan 60 saat.

“Selain itu, lagu ini juga digunakan sebagai ‘on hold ringing’ panggilan masuk ke semua pejabat LHDNM,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah LHDNM Sarawak Ramlot Keli, Pengarah Bahagian Komunikasi LHDNM Arief Putera Mohd Sharipudin dan wakil media.

 ??  ?? LAGU KAMI: Sabin menyempurn­akan simbolik pelancaran‘Jingle’sambil ditemani tetamu kehormat lain.
LAGU KAMI: Sabin menyempurn­akan simbolik pelancaran‘Jingle’sambil ditemani tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia