Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan menyertai pameran SDSI di Kuala Lumpur 24 usahawan Sarawak sertai pameran sempena Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena Bukit Jalil

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Seramai 24 usahawan pelbagai produk dari Sarawak menyertai pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena Himpunan Usahawan Bumiputera ( HUB) di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Mac lalu.

Mereka merupakan ahli DewanUsaha­wanBumiput­era Sarawak (DUBS) termasuk empat ahli dari cawangan Miri.

Antara produk yang dipromosik­an ialah kek lapis Sarawak, keropok lekor, produk berasaskan garam bukit, gambir, sos gula apong dan mi kolok.

Rombongan turut ditemani Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan.

Hadir sama Naib Presiden Roselyn Long Lah, Naib Presiden dan Pengerusi DUBS Bintulu Abdul Kadier Sahib, Bendahari Agung DUBS Suhaili Osaha, Pengerusi DUBS Samarahan Ismawi Muhamad dan Ketua

Kita juga berharap dapat menarik penglibata­n peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai dewan usahawan terbesar di Sarawak. Mohd Hafidz Rohani Ketua Penerangan DUBS Sarawak

Dewanita Sarawak Juita Drap.

Ketua Penerangan DUBS Sarawak dan Ketua Dewan Muda DUBS Miri Mohd Hafidz Rohani berkata kunjungan pucuk pimpinan DUBS telah menaikkan semangat peserta.

“Kita juga berharap dapat menarik penglibata­n peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai dewan usahawan terbesar di Sarawak,” jelasnya.

Aktiviti disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hafidz memberitah­u, 11 inisiatifb­antuandeng­anjumlah keseluruha­n RM2.9 bilion diperuntuk bagi memperkasa usahawan Bumiputera.

Usahawan Bintulu, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah daripada Serba Dinamik Holdings, dipilih sebagai antara penerima Anugerah Usahawan Bumiputera.

Selain ekspo, peserta turut terlibat dalam bicara perniagaan belia, sembang bersama PM dan sesi keusahawan­an bersama selebriti.

“Ia pengalaman yang cukup baik untuk semua usahawan Sarawak,” tambah Hafidz.

Jamuan malam bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut diadakan di Restoran Rebung bagi meraikan usahawan Sarawak, di samping mewujudkan sesi rangkaian dalam kalangan mereka.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Abang Helmi (berdiri, tujuh kanan) bergambar bersama rombongan DUBS semasa SDSI di Kuala Lumpur.
BERI SOKONGAN: Abang Helmi (berdiri, tujuh kanan) bergambar bersama rombongan DUBS semasa SDSI di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia