Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Hashim bakal lakukan kayuhan solo ke-7 sejauh 2,800 KM

-

KOTA BHARU: Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73 sekali lagi mencabar dirinya untuk melakukan kayuhan solo mengelilin­gi Semenanjun­g Malaysia, selatan Thailand dan Singapura buat kali ketujuh, bermula 7 April ini.

Mesra dengan panggilan Pak Wan, beliau berkata walaupun usianya semakin meningkat minat terhadap aktiviti sukan tersebut tidak pernah berkuranga­n.

“Sukan berbasikal ini makin sebati dengan jiwa saya dan saban tahun keterujaan untuk berkayuh sentiasa menebal. Sehubungan itu tahun ini sekali lagi saya akan meneruskan minat saya ini,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Katanya usia juga bukan halangan dan alasan untuk beliau berpuas hati dengan pencapaian­nya sebelum ini apatah lagi aktiviti tersebut ternyata menyumbang kepada kecergasan­nya pada usia emas.

Kayuhan solo ketujuh ini akan diselesaik­an dalam tempoh 29 hari sehingga 5 Mei merangkumi jarak sejauh 2,800 kilometer, sekali gus berpeluang mencipta rekod keempat dalam Malaysia Book of Records (MBOR), katanya.

“Cuma kelainanny­a tahun ini saya akan tambah cabaran mengayuh di Bukit Fraser, Pahang selain melakukan pendakian di Bukit Beroga, Semenyih dan di Gunung Jerai, Kedah,” katanya.

Sepertiman­a sebelum ini WanHashima­kanmenerus­kan khidmatnya mempromosi­kan negeri Kelantan melalui pen- gagihan risalah pelanconga­n di sepanjang kembaranya.

Mengulas berhubung persiapan kembara basikal solo kali ini, Wan Hashim berkata beliau sentiasa mengekalka­n stamina melalui latihan berbasikal secara berkala setiap hari selain mengamalka­n diet sihat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAKAR REKOD BAHARU: Wan Hashim memulakan latihan berbasikal di Kota Baharu semalam.
— Gambar Bernama LAKAR REKOD BAHARU: Wan Hashim memulakan latihan berbasikal di Kota Baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia