Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi pembayaran mudah alih ini telah diguna pakai sebahagian besar rakan niaga DiGi di seluruh negara

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: DiGi Telecommun­ications Sdn Bhd (DiGi) merancang memperluas­kan penggunaan aplikasi pembayaran mudah alih tanpa tunai, Vcash kepada rakanrakan niaga di negeri ini.

Ketua Pegawai Pemasaran DiGi Loh Keh Jiat berkata aplikasi pembayaran mudah alih keluaran DiGi ini telah diguna pakai oleh sebahagian besar rakan niaga sedia ada DiGi di seluruh negara.

Di Sarawak katanya, penggunaan aplikasi Vcash baharu sahaja diperkenal­kan iaitu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Aplikasi Vcash ini bukan sahaja untuk pelanggan DiGi tetapi boleh diguna pakai oleh semua pengguna telefon pintar tanpa mengira syarikat telekomuni­kasi dan perbankan yang digunakan,” katanya.

Loh berkata demikian pada temu bual eksklusif selepas pelancaran inisiatif baharu lapangan terbang tanpa tunai menggunaka­n aplikasi Vcash di KIA semalam.

Menjelas lebih lanjut mengenai aplikasi ini, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat DiGi Joachim Rajaran berkata matlamat DiGi adalah untuk menawarkan pengguna dan peniaga satu penyelesai­an bayaran yang lebih mudah berbanding bayaran secara tunai.

Malah katanya, Vcash boleh digunakan oleh semua jenis perniagaan sama ada kecil dan besar dengan had transaksi sehingga RM5,000 sehari.

Cara penggunaan­nya adalah mudah, di mana pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Vcash secara percuma di Google Play Store, depositkan wang menerusi kedai DiGi atau perbankan Internet.

Bagi pembayaran, pengguna perlu mengimbas kod QR di kedai rakan niaga berdaftar, masukkan jumlah bayaran dan terima tempahan selepas transaksi selesai.

Menerusi Vcash, peniaga dan pengguna boleh melakukan transaksi pembayaran tanpa tunai yang selamat dan tanpa faedah.

Vcash dibangunka­n dengan kerjasama Valyou Sdn Bhd ini diiktiraf Bank Negara Malaysia untuk penggunaan dalam negara dan disokong rangkaian pusat deposit di lebih 300 kedai milik DiGi dan kedai pengedar DiGi.

Untuk memudahkan lagi penggunaan­nya, pengguna juga boleh menukar pilihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia serta bahasa Mandarin dan akan menyusul bahasa Tamil.

Aplikasi Vcash ini bukan sahaja untuk pelanggan DiGi tetapi boleh diguna pakai oleh semua pengguna telefon pintar tanpa mengira syarikat telekomuni­kasi

digunakan. ” dan perbankan yang Loh Keh Jiat Ketua Pegawai Pemasaran DiGi

 ??  ?? MANFAATKAN TEKNOLOGI: Loh (dua kiri) dan Joachim (dua kanan) memperkena­lkan aplikasi Vcash kepada pengguna di Sarawak selepas pelancaran inisiatif pertama di KIA dengan rakan niaga MAHB semalam. Turut kelihatan Ketua Wilayah Sarawak DiGi Casoper Goh...
MANFAATKAN TEKNOLOGI: Loh (dua kiri) dan Joachim (dua kanan) memperkena­lkan aplikasi Vcash kepada pengguna di Sarawak selepas pelancaran inisiatif pertama di KIA dengan rakan niaga MAHB semalam. Turut kelihatan Ketua Wilayah Sarawak DiGi Casoper Goh...
 ??  ?? AMAL: Ting (duduk, dua kiri), John (dua kanan) dan Teo (berdiri, tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur pada sidang media di Miri.
AMAL: Ting (duduk, dua kiri), John (dua kanan) dan Teo (berdiri, tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur pada sidang media di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia