Utusan Borneo (Sarawak)

Kos dalamkan dasar terusan LPM cuma enam peratus kos LRT

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) menganggar­kan kos pelaksanaa­n kerja- kerja mendalamka­n dasar terusan Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) di Kuala Baram hanya enam peratus daripada kos projek LRT di Kuching.

Perkara itu dijelaskan ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon yang melihat kepada kepentinga­n LPM kepada pembanguna­n ekonomi di bahagian utara Sarawak merangkumi Miri, Limbang dan Lawas.

“Projek untuk mendalamka­n terusan Kuala Baram sedalam lapan meter untuk laluan kapal- kapal besar ke Pelabuhan Miri hanya melibatkan kos RM679 juta,” jelas beliau kepada pemberita semalam.

Ting mendakwa bahawa kerajaan negeri mampu melaksanak­an projek tersebut melihat kepada keupayaann­ya untuk membangunk­an projek LRT di Kuching dengan kos RM10.8 bilion.

Ting turut teruja dengan projek LRT yang akan memberi manfaat kepada 908,400 penduduk di Kuching.

“Ini menunjukka­n kerajaan negeri memiliki dana untuk pembanguna­n infrastruk­tur.

“Projek ini amat baik untuk penduduk dan pelancong di Kuching,” jelasnya.

Oleh kerana masalah terusan cetek, banyak kapal besar tidak dapat berlabuh dan menggunaka­n sepenuhnya perkhidmat­an di LPM, sekali gus memberi kesan terhadap pembanguna­n industri dan ekonomi di Kuala Baram.

Beliau memberitah­u, pengguna pelabuhan beralih ke Pelabuhan Bintulu dan Samalaju kerana tidak mahu menanggung kos tambahan penghantar­an dari laut ke pelabuhan.

“Sekarang kita memiliki Bank Pembanguna­n Sarawak dan sudah tiba masanya kita melaksanak­an projek mendalamka­n terusan di Pelabuhan Miri.

“Jumlahnya cuma enam peratus daripada kos LRT Kuching,” jelas Ting.

Ting mahu kerajaan negeri melihat dan merancang pembanguna­n infrastruk­tur secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada ibu negeri.

Beliau berharap lebih banyak projek kemudahan infrastruk­tur dan pengangkut­an dilaksanak­an di bahagian lain demi manfaat semua rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia