Utusan Borneo (Sarawak)

SMCC akan sambut ulang tahun ke-20 pada Julai

-

SIBU: Sibu Methodist Care Centre (SMCC) yang ditubuhkan bagi memberi bimbingan dan latihan kepada kanak-kanak istimewa pada usia awal akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20.

Pengerusi penganjur Chew Siok Cheng berkata, sambutan ulang tahun SMCC akan diadakan pada 14 Julai akan.

Katanya atur cara majlis dijadual bermula jam 5.30 petang di Pintu Gerbang Sibu, di sini.

“Majlis sambutan ulang tahun ini amat bermakna bagi SMCC untuk memperinga­ti sejarah dan ulang tahun ke-20 penubuhann­ya,” kata Chew semasa mengadakan sidang media baru-baru ini.

Menurut Chew, SMCC menyasarka­n kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga dan anak-anak istimewa.

Ujarnya, bagi mencapai sasaran tersebut, SMCC giat menjejaki kira-kira 500 ahli keluarga anak-anak istimewa di sini yang pernah mendapat bimbingan dan latihan di SMCC.

“Ada antara mereka kini mungkin sudah bekerja serta menjalani kehidupan masing- masing di luar Sibu selepas mendapat latihan di SMCC,” katanya.

Chew berkata, orang ramai turut dijemput menonton majlis sambutan ulang tahun SMCC bagi memeriahka­n lagi suasana.

Bercakap lanjut, Chew menjelaska­n bahawa penubuhan SMCC adalah untuk memberi bimbingan kepada anak- anak istimewa pada peringkat usia awal sehingga potensi mereka berkembang sepenuhnya.

Selain itu, penubuhann­ya juga untuk memberi sokongan dan bantuan kepada ibu bapa pada peringkat awal supaya mereka dapat mengajar dan menguruska­n anak mereka dengan lebih baik, selain memberi kasih sayang.

Tambah beliau, kanakkanak yang didaftarka­n di pusat itu akan mengikuti pelan pendidikan individu yang disediakan selepas penilaian menyeluruh.

Kanak-kanak ini akan dibahagika­n kepada kumpulan kecil yang diwajibkan hadir sekali atau dua kali seminggu.

“Ibu bapa akan datang bersama anak-anak mereka dan menyertai sepenuhnya aktiviti bersama guru dalam program ini.

“Usaha kami adalah untuk memberi tumpuan kepada pencapaian kemahiran dan pencapaian dalam kalangan kanak-kanak sendiri melalui penggunaan pelan pendidikan disediakan,” jelas beliau.

Justeru orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Chew Siok Cheng di talian 016-8700306, Wong Kee Wei (019-8593690) atau Andy (012-8939663).

Hadir sama pada sidang media tersebut Pengerusi Lembaga Pengurusan SMCC Kapitan Wong Hie Ching, Pengerusi SMCC Soon Kong Tiong dan Penyelia Pusat SMCC Wong Kee Wei.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Chew (dua kanan) bersama yang lain semasa mengadakan sidang media baru-baru ini.
SERTAI KAMI: Chew (dua kanan) bersama yang lain semasa mengadakan sidang media baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia