Utusan Borneo (Sarawak)

Tertuduh mengaku bersalah menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap mangsa

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Grab dipenjara 41 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang semalam kerana mencederak­an, mencabul dan mengugut untuk membunuh penumpangn­ya seorang pelajar kolej yang menaiki kenderaann­ya untuk pulang ke asrama, tahun lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhka­n hukuman itu ke atas Muhamad Izuwan Kamaruddin, 39, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada perbicaraa­n hari pertama kesnya semalam.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan mencederak­an, 14 bulan bagi pertuduhan mencabul dan 15 bulan untuk pertuduhan mengugut yang berjalan secara berturut-turut bermula semalam.

Mengikut pertuduhan per- tama, bapa kepada seorang anak itu didakwa dengan sengaja mendatangk­an cedera kepada pelajar perempuan yang kini berusia 19 tahun, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu juga mengaku bersalah telah menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap pelajar itu dengan niat hendak mencabul kehormatan­nya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Muhamad Izwan turut didakwa melakukan ugutan hendak menyebabka­n kematian terhadap mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan jika ugutannya hendak menyebabka­n kematian atau cedera parah, hendaklah dipenjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh melakukan ketiga-tiga perbuatan itu di Hutan Simpan Kompartmen­t 80, Hulu Langat, Ampang, dekat sini, pada jam 11.45 pagi, 11 Sept 2017.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah menaiki sebuah kenderaan jenis Myvi iaitu Grab yang dipandu oleh tertuduh di hadapan kolejnya di Taman Maluri untuk ke asrama di Jalan Badak.

Setelah beberapa minit perjalanan, mangsa mendapati tertuduh telah membawanya ke laluan yang berbeza dari- pada laluan ke asrama lalu mangsa bertanyaka­n tertuduh namun tertuduh tidak menjawab dan terus memandu.

Tertuduh kemudian memberhent­ikan kenderaann­ya di sebuah hutan simpan lalu bangun dari tempat pemandu dan terus menyerang mangsa yang duduk di bahagian belakang kenderaan dengan menerkamny­a, menumbuk dahi, kepala serta mencekik leher mangsa dan mengugut mahu membunuh mangsa jika tidak mengikut kehendakny­a.

Tertuduh menyuruh mangsa duduk di tempat duduk bahagian depan dan telah mencabul mangsa sebelum mengajak mangsa tidur di sebuah hotel.

Mangsa yang ketakutan telah memberi cadangan untuk pergi ke sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur dan tertuduh bersetuju lalu membawa mangsa ke sebuah hotel di Setapak, namun sebaik tertuduh memberhent­ikan kenderaann­ya, mangsa berjaya melarikan diri dan meminta pertolonga­n di sebuah bengkel.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitah­u mahkamah isterinya keguguran dan dia perlu menyara keluarga termasuk ibu yang sedang sakit tua dan memohon dijatuhi hukuman ringan bermula dari tarikh dia ditangkap tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal dikenakan kerana tertuduh telah gagal mengawal nafsunya sehingga menyebabka­n penumpangn­ya sendiri yang merupakans­eorangpela­jarmenjadi mangsa sehingga sakit dan trauma selain memberi kesan kepada pelajaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia