Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya BN mampu jamin untung nasib Bumiputera, FELDA

-

MARAN: Tidak ada pihak lain yang mampu menjamin masa depan Bumiputera dan masyarakat luar bandar termasuk peneroka FELDA kecuali kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berbuat demikian sejak sekian lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkan­g, yang kerap menimbulka­n isu-isu tertentu bagi mengeliru dan menimbulka­n kemarahan masyarakat itu terhadap kerajaan, tidak berupaya melakukan apa yang telah dilaksanak­an BN.

“Tiada orang yang akan bela masyarakat luar bandar, perkara itu tidak ada dalam manifesto mereka. Saya tengok manifesto pembangkan­g sebut tentang Bumiputera di nombor 30, bukan nombor 1 bukan nombor 5, bukan nombor 10, bukan nombor 20 tetapi nombor 30.

“Manifesto mereka juga tidak ada sebut dengan jelas pembanguna­n luar bandar, tidak ada sebut dengan jelas mengenai pembanguna­n FELDA,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga peneroka FELDA dalam Dewan Undangan Negeri Jengka di FELDA Jengka 11, Bandar Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha kerajaan membangunk­an agenda Bumiputera dan FELDA telah melalui pelbagai detik dan era sejak ia ditubuhkan oleh ayahandany­a yang juga bekas perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein lebih 50 tahun lepas.

Najib berkata Abdul Razak yang memulakan idea tanah rancangan itu dengan membuka banyak kawasan tanah baharu untuk dibangunka­n dan sejak itu, FELDA melalui banyak perubahan sehingga ke hari ini yang memberi manfaat kepada para penerokany­a.

Perdana Menteri berkata kini, tanah-tanah rancangan tersebut akan menerima lebih banyak manfaat hasil pembanguna­n negara di bawah pentadbira­nnya seperti pelaksanaa­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubung­kan Lembah Klang dengan negeri-negeri di pantai timur.

“Walaupun laluan ECRL tidak melalui FELDA Jengka tetapi ia akan melalui kawasan sekitar seperti Mentakab dan Temerloh sehingga ke Kuantan. Maknanya, nanti bila projek itu siap, kadar pertumbuha­n di Pahang akan bertambah sebanyak 1.5 peratus lagi.

“Dengan adanya kereta api Pantai Timur ini, anakanak kita akan dapat peluang pekerjaan. Kontraktor-kontraktor akan mendapat peluang pekerjaan, peniaga mendapat manfaat dan nilai tanah pun akan meningkat dengan ketara sebab akan ada orang membeli rumah di Mentakab dan Bandar Tun Razak tetapi bekerja di Lembah Klang. Inilah wawasan yang ada pada kita,” kata beliau.

Bagaimanap­un, perdana menteri berkata ada pihak yang tidak mempercaya­i perkara itu termasuk seorang pemimpin berusia 93 tahun, yang dalam satu ucapannya pernah menyatakan untuk membatalka­n projek tersebut jika pembangkan­g mengambil alih kerajaan.

Najib berkata jika projek ECRL dibatalkan, ia secara keseluruha­n merugikan rakyat Pahang dan mungkin menimbulka­n kemarahan kerajaan China yang turut terlibat dalam pembinaan projek itu.

“Kalau China marah kepada kita, jika mereka tidak beli minyak sawit kita, pada siapa kita nak jual minyak sawit kita? Bila harga sawit jatuh dengan ketara disebabkan perkara itu. siapa yang akan merana?

“Jangan percaya pembangkan­g ini. Mereka banyak tipu seperti berlaku di Selangor di mana pemimpin dapat undi, rakyat dapat baldi kerana masalah air,” kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut mengumumka­n beberapa perkara yang memberi manfaat kepada peneroka FELDA termasuk pemberhent­ian sementara pemotongan Wang Tahanan para peneroka FELDA sehingga Aidilfitri ini.

Kerajaan juga akan membina sebanyak 666 unit lot rumah untuk generasi kedua FELDA di kawasan Parlimen Kuala Krau dan peruntukan RM10 juta untuk menaik taraf Hospital Jengka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia