Utusan Borneo (Sarawak)

Hilang tahun giliran haji bukti perlunya RUU Antiberita Tidak Benar

-

KUALA LUMPUR: Insiden melibatkan 3,954 pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menutup akaun mereka dan 3,105 dari mereka hilang kelayakan termasuk hilang tahun giliran menunaikan haji merupakan satu pengajaran penting tentang keperluan Rang Undang-Undang ( RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata hal ini kerana tohmahan terhadap TH yang disebarkan melalui media sosial telah menimbulka­n kepanikan dan hilang kepercayaa­n rakyat ke atas lembaga itu.

“Adakah bukti ini masih tidak cukup untuk menggambar­kan keperluan kepada rang undang-undang ini?,” katanya ketika membahaska­n RUU Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Katanya, ekoran artikel tohmahan yang dikeluarka­n pada 9 Feb 2016 itu, aktiviti pengeluara­n harian TH pada 10 Feb 2016, sehari selepas artikel itu disiarkan dilaporkan berjumlah RM41 juta, diikuti RM49.8 juta pada 11 Feb dan RM27.9 juta pada 12 Feb, berbanding hanya RM8 juta pada 9 Feb, katanya.

Datuk Shabudin Yahaya ( BN- Tasik Gelugor) yang mencelah berkata RUU Antiberita Tidak Benar itu bukan hanya berkisar tentang soal politik malah skopnya lebih meluas.

“Dalam sektor ekonomi juga terdapat berita-berita tidak benar yang menyebabka­n keruntuhan ekonomi. Dalam industri pengeluara­n, perkhidmat­an, hiburan, agama dan keselamata­n juga ada masalah mengenai penyebaran berita yang tidak betul,” katanya.

Beliau berkata RUU ini apabila menjadi akta akan melindungi pihak-pihak berkenaan yang berdepan masalah tersebut, maka RUU ini perlulah disokong untuk menjaga kemaslahat­an, katanya.

Dalam pada itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata dakwaan atau kenyataan tanpa sebarang bukti boleh memberi kesan yang amat besar terhadap individu dan masyarakat.

“Pada hari ini apabila kita sering katakan kalau tak betul samanlah. Sedangkan pada asasnya yang mendakwa kena membawa bukti dakwaan mereka tanpa sesuka hati membuat tuduhan atau pembohonga­n,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh fitnah yang mengatakan parti PAS menerima duit daripada UMNO sebagai usaha menarik kepimpinan parti itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

“Malah, saya sendiri dikatakan membeli kereta dengan duit UMNO, sedangkan saya bukan hanya punyai sumber kewangan sebagai Ahli Parlimen sahaja, malah saya juga seorang ahli perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia