Utusan Borneo (Sarawak)

Tun M dicabar kemukakan bukti tiga pulau dijual kepada China

-

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuktika­n dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan negeri Kedah sudah menjual tiga pulau kepada China.

Beliau berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak boleh sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas hanya semata-mata untuk meraih undi bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Oleh kerana kini berada di pihak pembangkan­g, tak payahlah buat tuduhan seolah-olah dia tak pernah jadi perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) serta UMNO selama 22 tahun.

“Sepanjang saya menjadi Menteri Besar, tiada satu pun pulau di negeri in dijual kepada China.

“Langkawi ada kira-kira 99 pulau dan tiada satu pun dari- pada pulau itu dijual kepada pihak luar,” katanya selepas menghadiri Jamuan Rakyat dan menyerahka­n elaun sara hidup nelayan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, dekat sini semalam.

Beliau berkata kalau adapun untuk pembanguna­n, sesebuah syarikat terbabit perlu membuat pajakan seperti di Kulim Hi-Teck Park.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa kerajaan negeri menjual tiga pulau kepada China semasa ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Guar Chempedak, Khamis lalu.

Justeru, beliau, beliau meminta Dr Mahathir menghentik­an perbuatann­ya yang berterusan memfitnah kerajaan kepimpinan BN yang suatu ketika dahulu pernah menangkat nama bekas perdana menteri itu sehingga dikenali di seluruh dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia