Utusan Borneo (Sarawak)

China merupakan ekonomi kedua terbesar dunia yang tidak wajar diabaikan: Mustapa

-

KUALA LUMPUR: Manifesto pakatan pembangkan­g untuk meneliti semula pelaburan dari China adalah tindakan yang merugikan kerana berisiko menjejaska­n hubungan perdaganga­n antara kedua-dua negara.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata China merupakan ekonomi kedua terbesar dunia yang tidak wajar diabaikan, selain banyak kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdaganga­n antara Malaysia dan China terlaksana khususnya sejak lima tahun lepas.

“China merupakan pasaran penting negara bagi mengekspor­t komoditi kelapa sawit dan getah asli. Jumlah nilai eksport kelapa sawit dan produk pertanian berasaskan sawit ke China pada 2017 ialah RM5.73 bilion manakala getah RM2.22 bilion.

“Dalam sektor pelanconga­n pula, jumlah ketibaan pelancong China pada 2017 ialah 2.12 juta orang dan diunjurkan akan bertambah kepada 2.28 juta tahun ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng ( BN- Tanjong Piai) pada Persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata dasar pelaburan dan perdaganga­n negara yang sejajar dengan strategi Inisiatif Belt and Road (BRI) akan menggalakk­an pertukaran teknologi, infrastruk­tur, perdaganga­n, tenaga, kewangan dan alam sekitar.

China merupakan pasaran penting negara bagi mengekspor­t komoditi kelapa sawit dan getah asli. Jumlah nilai eksport kelapa sawit dan produk pertanian berasaskan sawit ke China pada 2017 ialah RM5.73 bilion manakala getah RM2.22 bilion. Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

“Kerajaan juga menggalakk­an pelaburan dalam pelbagai bidang baharu berteknolo­gi tinggi bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing dan menyediaka­n pekerja mahir berpendapa­tan tinggi

“Sebagai contoh, 3,600 rakyat tempatan bakal men- jalani latihan industri yang memfokuska­n kepada memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembinaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya.

Mustapa berkata pelaksanaa­n BRI akan memastikan rakyat jelata mendapat faedah daripada penambahba­ikan kemudahan infrastruk­tur dan kemudahan sosial, taraf hidup lebih tinggi, peluang pekerjaan lebih baik serta lebih peluang keusahawan­an.

Katanya pelaksanaa­n BRI akan terus dipantau rapi bagi memastikan Malaysia menerima manfaat sepenuhnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap satu video berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ingin mengguling­kan Yang di-Pertuan Agong.

Dua NGO yang tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam ialah Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia ( PSUAM) dan Persatuan Maqasid Syariah.

Presiden PSUAM Syed Imran Syed Abdul Aziz berkata pihaknya mahu tindakan tegas dan sewajarnya diambil oleh polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia berhubung video berkenaan yang dilihat boleh mengganggu-gugat ketenteram­an awam.

Beliau mendakwa ada individu tertentu yang dipercayai membuat kenyataan berunsur fitnah itu.

“Kita amat kecewa dan marah dengan kenyataan yang dimuat naik olehnya… ia memang jelas satu fitnah berniat jahat dan satu keganasan terancang yang bertujuan untuk menakutkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH DIVIDEN: Najib (depan tengah) ceria memegang replika cek berupa dividen yang bakal diagihkan kepada para pekebun ketika hadir menyampaik­an Dividen Risda Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap di Temerloh semalam.
— Gambar Bernama AGIH DIVIDEN: Najib (depan tengah) ceria memegang replika cek berupa dividen yang bakal diagihkan kepada para pekebun ketika hadir menyampaik­an Dividen Risda Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap di Temerloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia