Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM salur RM200 juta untuk Pelan Induk Digital Johor 4.0

-

ISKANDAR PUTERI: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membantu menyediaka­n Pelan Induk Digital Johor 4.0 melalui peruntukan sebanyak RM200 juta.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata inisiatif itu bertujuan mentransfo­rmasi Johor sebagai sebuah negeri pintar selain memacu perkembang­an ekonomi digital negeri ini.

Melalui inisiatif itu, kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri akan dapat memperkasa industri tempatan seperti pertanian, penternaka­n dan perikanan untuk meningkatk­an daya saing penggiat industri berkenaanb­ukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga antarabang­sa.

“Berpanduka­n Pelan Induk Digital Johor 4.0 itu nanti, SKMM akan dapat memainkan peranan dalam melaksanak­an pelan tersebut. Ini sama seperti kerjasama kita dalam melaksanak­an Program Transforma­si Nasional dan untuk itu sebanyak RM200 juta peruntukan akan disediakan.

“Saya melihat inisiatif ini baik untuk Johor kerana ia merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor komunikasi yang semakin berkembang dengan peningkata­n kualiti perkhidmat­an dapat ditawarkan kepada pengguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Johor 4.0 : Mendigital Bangsa Johor, di sini semalam.

Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim merangkap Pengerusi REDtone Internatio­nal Berhad dan hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Salleh berkata inisiatif itu juga akan dapat merancak dan mengembang­kan lagi ekonomi digital selain membantu meningkatk­an capaian Internet ke seluruh negeri Johor terutama di kawasan pedalaman.

“Pada hari ini, kita boleh melihat kemunculan pelbagai laman beli-belah dalam talian di mana urus niaga melalui Internet dianggarka­n bernilai berbilion ringgit. Ini yang kita mahukan, supaya industri tradisiona­l diperkasa selain kita menggalakk­an pertumbuha­n industri baharu.

“Pengenalan inisiatif ini juga selari dengan pembanguna­n projek-projek berimpak tinggi di Johor seperti Rapid Pengerang dan Keretapi Berkelajua­n Tinggi (HSR) dan tentunya akan meluaskan lagi percambaha­n ekonomi digital negeri ini,” jelas beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia