Utusan Borneo (Sarawak)

Aubameyang gembira lepaskan peluang menjaringk­an hatrik

-

LONDON, England: PierreEmer­ick Aubameyang berkata beliau berasa gembira untuk melepaskan peluang menjaringk­an hatrik dan membiarkan rakan penyerangn­ya, Alexandre Lacazette untuk menyempurn­akan satu tendangan penalti.

Arsenal menewaskan Stoke City 3-0 dengan Aubameyang menjaringk­an dua gol – satu dari tendangan penalti – dengan Lacazette menjaringk­an gol ketiga, juga dari tendangan penalti seminit sebelum tamat permainan.

Aubameyang mendedahka­n beliau melepaskan peluang menjaringk­an hatrik pertamanya bersama Arsenal – selepas menjaringk­an dua hatrik bersama Borussia Dortmund musim ini sebelum perpindaha­n ke Arsenal pada bulan Januari – kerana mahu membantu memberi keyakinan kepada Lacazette.

Lacazette baharu kembali dari kecederaan di mana bermain perlawanan pertama sejak 10 Februari dan amat menghargai pemberian ‘hadiah’ itu.

“Saya sudah menjaringk­an dua gol sebelum ini, jadi saya tahu ia adalah bagus untuk keyakinan beliau,” kata Aubameyang.

Beberapa pengurus tidak membenarka­n pemain lain selain yang telah ditugaskan mengambil tendangan penalti tetapi pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjelaska­n beliau membenarka­nnya.

“Ia menunjukka­n keadaan masyara k a t k i t a – di mana kebaikan o r a n g kadangk a d a n g m e n g e - jutkan,” kata beliau.

“M a l a h apabila ia melibatkan pemain bola sepak dan penyerang, di mana gol adalah sangat penting untuk mereka.

“Saya tidak terkejut kerana asya tahu mereka mempunyai persefaham­an yang baik. Saya menyukainy­a kerana ia hanya boleh menjadikan pasukan lebih kuat.”

Kemenangan tidak mengubah kedudukan Arsenal di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan mereka sekarang memberikan sepenuh perhatian kepada Liga Europa, di mana mereka akan bermain perlawanan suku akhir pertama menentang CSKA Moscow di Stadium Emirates Khamis ini. Tetapi pengurus Stoke, Paul Lambert, berasa kecewa dengan keputusan penalti untuk gol pertama Arsenal. Satu mata p a s t i n y a amat berharga untuk Stoke, yang berada di t a n g g a kedua dari bawah liga dan peluang mereka terjejas apabila pengadil memberikan tendangan penalti seawal minit ke-15 selepas Bruno Martins Indi dikatakan mengasari Mesut Ozil. Lambert yakin penalti tidak harus diberikan ketika Martin, yang datang dari belakang Ozil, menyentuh bola terlebih dahulu sebelum merempuhny­a. Beliau berkata sistem video bantuan pengadil ( VAR) – yang masih belum digunakan dalam Liga Perdana – akan mengubah keputusan asal memberikan penalti.

“Ia (penalti) mengubah per- mainan kerana pada beberapa minit sebelum itu, kami mempunyai satu peluang tetapi terkena palang,” kata beliau.

Wenger enggan mengulas dakwaan Lambert dengan hanya berkata: “Dari luar, ia kelihatan penalti, saya tidak fikir Ozil sengaja merebahkan diri.”

Stoke hanya mencipta satu kemenangan sejak Krismas dan perlu mengutip beberapa lagi mata jika mahu mengelak penyingkir­an. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AMAT DIHARGAI: Lacazette (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Aubameyang pada perlawanan di Stadium Emirates, London Ahad lepas.
— Gambar AFP AMAT DIHARGAI: Lacazette (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Aubameyang pada perlawanan di Stadium Emirates, London Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia