Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih muda Malaysia bakal buat penampilan sulung di Moscow

-

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih muda dari Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam acara bola sepak antarabang­sa di Moscow yang bakal menghimpun­kan kanak- kanak dari 211 negara di seluruh dunia.

Gazprom, rakan rasmi FIFA dan Piala Dunia FIFA 2018, mengumumka­n pembukaan musim keenam Projek Sosial Kanak- Kanak Antarabang­sa Bola Sepak untuk Persahabat­an (F4F), dan ia dilancarka­n di Malaysia buat kali pertama.

Dalam satu kenyataan dari Gazprom semalam, matlamat program itu adalah untuk melibatkan generasi muda di seluruh dunia dalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaa­n dalam kalangan rakan sebaya mereka melalui persahabat­an, kesamarata­an, keamanan serta menghormat­i budaya dan negara berbeza.

Kenyataan itu berkata duta muda dari Malaysia itu akan terlibat sebagai ‘ jurulatih muda’ dalam Pasukan Persahabat­an Antarabang­sanya.

“Sebanyak 32 Pasukan Persahabat­an Antarabang­sa dibentuk semasa undian terbuka dijalankan, serta menentukan posisi pemain muda daripada setiap negara ( penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang).

“Kesemua 32 pasukan berkenaan akan bersaing pada Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabat­an pada 12 Jun,” kata kenyataan itu.

Selepas Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabat­an itu, barisan duta muda berkenaan akan bertemu dalam acara penting, Forum Kanak- Kanak Bola Sepak untuk Persahabat­an Antarabang­sa kali keenam, dengan mereka berbincang caracara mempromosi nilai-nilai utama program berkenaan di seluruh dunia.

“Semasa Kem Persahabat­an Antarabang­sa, pemainpema­in muda di bawah bimbingan jurulatih muda dan dipantau pemain- pemain terkemuka dunia akan mempelajar­i nilai-nilai utama F4F melibatkan sembilan nilai,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada FIFA dan Gazprom atas jemputan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia