Utusan Borneo (Sarawak)

Jika Hamidin dipilih presiden FAM tidak terikat dengan mana-mana parti politik, bukan kerabat diraja

-

PETALING JAYA: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan landskap bola sepak tanah air akan berubah sekiranya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai presiden baharu badan induk itu.

Mohd Yusoff berkata status Hamidin yang tidak terikat dengan mana- mana parti politik serta bukan kerabat diraja menjadikan beliau sebagai calon tepat sekali gus dapat merapatkan lagi jurang antara bola sepak dan rakyat.

Beliau berkata melihat pentadbira­n bola sepak negara dikendalik­an oleh rakyat jelata juga adalah impian Tunku Ismail Sultan Ibrahim selama ini.

“Seperti yang disarankan Tunku Ismail, baginda mencadangk­an supaya Datuk Hamidin dipilih sebagai presiden baharu FAM pada Kongres akan datang dan ia dipersetuj­ui sebulat suara oleh barisan Jawatankua­sa Eksekutif (Exco) yang menamakan beliau sebagai calon presiden baharu.

“Jadi kita akan melihat satu senario baharu sebenarnya kalau Datuk Hamidin menjadi presiden. Jika sebelum ini kita selalu mendengar Tunku Ismail bertitah bahawa bola sepak ini untuk rakyat, jadi mungkin sudah sampai masanya Tunku menyerahka­n kepada rakyat biasa untuk mengemudi FAM,” katanya.

Mohd Yusoff berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Terdahulu, mesyuarat khas itu sebulat suara bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal untuk menamakan Mohd Yusoff bagi memangku jawatan presiden FAM yang dikosongka­n Tunku Ismail.

Pada masa sama, Subahan menyatakan sokongan penuhnya terhadap pencalonan Hamidin sebagai presiden baharu FAM.

Subahan menyifatka­n tempoh perkhidmat­an Hamidin yang lama bersama badan induk bola sepak negara itu menjadikan beliau sebagai calon paling tepat untuk menduduki kerusi nombor satu itu.

“Tidak ada syak wasangka lagi Datuk Hamidin adalah orang paling layak untuk menerajui kepimpinan FAM. Segala selok-belok dan asam garam dunia bola sepak memang tidak ada orang lain lebih layak kecuali beliau.

“Sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), saya amat berbangga kerana beliau ( Hamidin) adalah produk Selangor dan ia satu penghormat­an besar. FAS sudah pasti akan memilih beliau pada Kongres Tahunan FAM, Julai ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SENGIT: Pemain negara Muhammad Syafiq Ahmad bersaing dengan pemain Bhutan pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar Bernama SENGIT: Pemain negara Muhammad Syafiq Ahmad bersaing dengan pemain Bhutan pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? CALON PRESIDEN BAHARU: Mohd Yusoff (tengah) ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM Bagi Penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Subahan (kiri) dan Hamidin.
— Gambar Bernama CALON PRESIDEN BAHARU: Mohd Yusoff (tengah) ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM Bagi Penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Subahan (kiri) dan Hamidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia