Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara Juara: Bayern waspada ancaman Sevilla

-

SEVILLE, Sepanyol: Juru- latih Bayern Munich, Jupp Heynckes berkata tiada kegembiraa­n apabila pemainnya melihat undian Liga Juara-Juara mempertemu­kan mereka dengan Sevilla, menjelang perlawanan suku akhir pertama hari ini.

Hanya AS Roma, yang akan menentang Barcelona pada perlawanan hari Rabu, mungkin boleh mendakwa mereka mempunyai tugas yang sukar di suku akhir tetapi Roma sekurang-kurangnya lawan yang dikenali di pusingan kalah mati sejak beberapa musim.

Bagi Sevilla, ia adalah penampilan pertama mereka di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

“Pasukan saya tidak teruja dengan undian suku akhir,” kata Heynckes. “Mereka menerimany­a dengan tenang, seperti baharu minum bir.

“Sudah tentu, Real Madrid, Barcelona, Manchester City bermain dengan sangat baik, begitu juga Liverpool tetapi kita ada lima pasukan yang layak ke pusingan kedua dan kita bercakap tentang liga terbaik di dunia. Tiga sudah tersingkir, jadi kami harus tidak memperkeci­lkan mereka.”

Sevilla mencipta kejutan terbesar apabila menyingkir­kan Manchester United di pusingan kedua dengan kemenangan 2- 1 di Old Trafford pada perlawanan kedua.

Ia juga kejayaan terbesar selepas tempoh sukar tiga bulan sejak Vincenzo Montella mengambil alih tugas pada pertengaha­n musim.

Mereka juga mencipta kemenangan di gelanggang sendiri dan lawan ke atas Atletico Madrid dalam pertanding­an Copa del Rey dan juga kemenangan di Espanyol. Tetapi mereka juga bolos lima gol kepada Eibar, Real Betis dan Atletico dalam aksi La Liga Sepanyol selain tewas 0-2 di tempat sendiri kepada Valencia, sekali gus menamatkan impian memburu empat tangga teratas liga.

Sevilla mengikat Barcelona 2-2 dalam liga minggu lepas dan tidak bernasib baik untuk menang selepas mendahului 2- 0 sehingga minit ke- 87 sebelum bolos dua gol pada dua minit terakhir.

Bagi Bayern dan Heynckes, ia menjadikan Sevilla sukar diramal.

“Analisis video harus mengkaji kelemahan dan kekuatan lawan dan saya ada melihat tiga atau empat video perlawanan mereka,” kata Heyckes.

“Jika anda melihat mereka menentang United, walaupun selepas mendahului 1-0, mereka menyedari United perlu menjaringk­an gol dan mereka bermain dengan sangat bagus sekali. Kami tidak mampu berasa gembira kerana diundi menentang mereka.”

Bayern membuat persediaan untuk perlawanan ini dengan membelasah Borussia Dortmund 6- 0 Sabtu lepas untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 17 mata di singahsana Bundesliga Jerman.

Penjaga gol Manuel Neuer sudah kembali menjalani latihan tetapi ia masih terlalu awal untuk menurunkan­nya dalam kesebelasa­n utama. — AFP GOLD COAST: Gimnas muda negara, Izzah Amzan tidak berdepan tekanan walaupun terpaksa membawa tugas berat mewakili negara buat julung kalinya ke Sukan Komanwel 2018 di Australia.

Selain diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas bagi acara berpasukan bersama- sama Amy Kwan Dict Weng dan Koi Sie Yan namun secara peribadiny­a Izzah tekad mahu ke final bagi acara individu.

“Sasaran peribadi saya mahu lakukan rutin dengan kemas sekali gus tidak lakukan sebarang kesilapan ketika melakukan persembaha­n di gelanggang.

“Jika saya boleh lakukan

 ??  ?? GIGH: Para pemain Sevilla menghadiri sesi latihan di Ciudad Deportiva, Sevilla Ahad lepas.
GIGH: Para pemain Sevilla menghadiri sesi latihan di Ciudad Deportiva, Sevilla Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia