Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet Sarawak mampu cipta kejutan

-

KUCHING: Seramai 19 atlet muaythai Sarawak bakal menggalas cabaran pada Kejohanan Muaythai Tertutup Antara Kelab dan Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur pada 5 hingga 8 April ini.

Semua atlet terbabit akan mewakili skuad pelapis muaythai Sarawak, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan sekolah sekitar Sarawak.

Kejohanan sukan tempur itu akan berlangsun­g di Arena Tan Sri Hamzah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC) merangkap Pengarah MSNS, Dr Ong Kong Swee ketika ditemui berkata Sarawak mampu melakukan yang terbaik dalam sukan muaythai.

Beliau optimis atlet-atlet muda negeri ini mampu mencipta kejutan dan menyinar pada kejohanan muaythai peringkat kebangsaan.

“Apa yang penting, semua atlet berjuang dengan nama Sarawak di peringkat tertinggi yang mungkin membolehka­n mereka terpilih untuk mewakili negara,” katanya pada majlis penyerahan bendera Sarawak di Stadium Negeri Sarawak di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim berkata pihaknya akan terus berusaha meningkatk­an prestasi atlet-atlet muaythai negeri ini.

Hasrat itu sekali gus membolehka­n atlet-atlet pelapis khususnya untuk menempah nama pada kejohanan peringkat tertinggi.

Beliau percaya atlet-atlet muaythai Sarawak mampu memberi saingan kompetitif pada kejohanan tersebut.

“Apa yang penting, fokus pada pertanding­an untuk memburu kejayaan pasukan,” katanya.

Difahamkan, kejohanan itu dianjurkan sebagai landasan pemilihan awal atlet-atlet elit dan remaja untuk menyertai skuad muaythai kebangsaan bagi Program Sukan SEA 2019 serta kategori profesiona­l dan amatur program remaja dan elit antarabang­sa 2018/2019.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Dr Ong dan Jumaat ketika bersama atlet-atlet muaythai menggalas cabaran pada Kejohanan Muaythai Tertutup Antara Kelab dan Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
SEMOGA BERJAYA: Dr Ong dan Jumaat ketika bersama atlet-atlet muaythai menggalas cabaran pada Kejohanan Muaythai Tertutup Antara Kelab dan Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Aziz (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Saif bagi mewakili pasukan Miri FA di KRP Lutong semalam.
TERIMA KASIH: Aziz (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Saif bagi mewakili pasukan Miri FA di KRP Lutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia