Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat perlu lebih proaktif bangunkan projek berteknolo­gi hijau

-

KEMENTERIA­N Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) menyaranka­n lebih banyak syarikat korporat terus proaktif membangunk­an projek berasaskan teknologi hijau sebagai menyokong usaha kerajaan melestarik­an alam sekitar.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata ini kerana sekiranya semakin banyak syarikat mengamalka­n dan membangunk­an projek berteknolo­gi hijau, ia secara tidak langsung akan meningkatk­an permintaan kepada perkhidmat­an seumpama itu.

“Dalam usaha kerajaan mempromosi teknologi hijau, ia sebenarnya juga bergantung kepada permintaan iaitu daripada pengguna. Jika banyak permintaan, maka lebih banyak syarikat besar perlu menyediaka­n perkhidmat­an berteknolo­gi hijau dan inilah kuasa pengguna.

“Memang diketahui bahawa kos untuk memulakan projek berasaskan teknologi hijau adalah tinggi, disebabkan itu kerajaan menyediaka­n Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sebanyak RM5 bilion selama lima tahun bermula tahun ini bagi menyokong usaha berkenaan,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, baru-baru ini.

Terdahulu, Zaini merasmikan pembukaan cawangan baharu restoran makanan segera, McDonald’s yang berkonsepk­an teknologi hijau di Setia Alam di Shah Alam, baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Beliau berkata lima sektor yang sesuai dibangunka­n projek berteknolo­gi hijau adalah tenaga, air, pelupusan sampah, bangunan, dan syarikat perkhidmat­an tenaga.

Zaini berkata manamana syarikat korporat yang berminat untuk mula mengamalka­n projek pembanguna­n teknologi hijau, boleh memohon skim GTFS dan akan disaring kelayakann­ya oleh agensi terlibat.

Sementara itu, Azmir berkata setakat ini, sebanyak 124 cawangan restoran makanan segera berkenaan telah melaksanak­an sekurangku­rangnya satu inisiatif teknologi hijau sebagai memenuhi hasrat kerajaan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus menjelang tahun 2030.

Katanya, antara contoh inisiatif teknologi hijau yang sedang dilaksanak­an McDonald’s Malaysia adalah memasang tangki pintar bagi mengumpulk­an minyak masak terpakai untuk diproses menjadi bahan api biodiesel yang digunakan oleh trak penghantar­an syarikat itu.

Bagi cawangan McDonald’s Setia Alam, Azmir berkata ia dilengkapi bumbung fotovolta suria, lampu dalaman LED, pemanas air haba suria, sistem pengumpula­n air hujan, termostat pintar dan sistem penyaman udara hibrid yang mampu mengurangk­an penggunaan bekalan tenaga sebanyak 25 peratus sebulan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Zaini (kiri) menandatan­gani plak simbolik merasmikan pembukaan Restoran Pandu Lalu McDonald’s Setia Alam, di Shah Alam. Turut hadir Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar (kanan) dan President Foundation­al...
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Zaini (kiri) menandatan­gani plak simbolik merasmikan pembukaan Restoran Pandu Lalu McDonald’s Setia Alam, di Shah Alam. Turut hadir Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar (kanan) dan President Foundation­al...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Zaini (kanan) bersama trak penghantar­an bio diesel.
— Gambar Bernama TERBAIK: Zaini (kanan) bersama trak penghantar­an bio diesel.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Zaini (kanan) melihat tangki sistem pengumpula­n air hujan bagi tujuan pengairan.
— Gambar Bernama TINJAU: Zaini (kanan) melihat tangki sistem pengumpula­n air hujan bagi tujuan pengairan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia