Utusan Borneo (Sarawak)

Isa Khan lebih tumpu bidang lakonan selepas sertai AF 2016

-

KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Isa Khan kini banyak tertumpu di bidang lakonan bagi mengukuhka­n lagi namanya dalam industri seni tanah air selepas menyertai program realiti itu.

Isa Khan atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad, 25, berkata sejak berlakon memegang watak utama dalam drama komedi ‘Bimbi dan Bonni Misi 007’, beliau kini menjalani penggambar­aan untuk penampilan khas dalam drama ‘Inai Yang Hilang’ terbitan Padi Pictures Sdn Bhd.

Mengenai drama ‘Bimbi dan Bonni Misi 007’, adik kepada pelakon Miller Khan itu berasa bertuah diberi peluang melakonkan watak Ash, kekasih kepada Sharifah Sakinah dalam drama terbitan Hyper Pictures Sdn Bhd itu, katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, baru-baru ini.

“Watak ini amat mencabar buat pendatang baharu seperti saya kerana saya bukan seorang pelawak, dan watak ini memerlukan lebih santai dengan pelakon berbakat seperti Sharifah Sakinah,” katanya.

Drama 24 episod arahan Michael Ang itu mengisahka­n Bimbi lakonan Sharifah Sakinah, anak kepada seorang Datuk dan berkawan rapat dengan Bonni (Marsha Milan).

Drama itu sedang ditayangka­n di slot Skrin Komedia saluran Astro Warna dan Mustika HD pada setiap Rabu hingga Jumaat, 9 malam sejak 14 Mac lepas.

Anak jati Kuala Lumpur itu juga pernah berlakon untuk teater ‘Putera La Galigo’ arahan Dr Rosdeen Suboh yang dipentaska­n di Stadium Malawati Shah Alam pada 2016, dan membuat penampilan khas dalam drama ‘Mak Cun Raya’ pada tahun lepas.

Menyentuh mengenai single pertamanya, ‘Syurga Yang Sempurna’, lagu ciptaannya bersama Room None terbitan Music Valley Malaysia (MVM) yang dilancarka­n empat bulan lepas, beliau berkata lagu berbentuk genre balada itu menjadi kekuatan dan pengenalan dirinya.

“Ia sesuai dengan suara saya selain lirik dalam lagu ini mempunyai makna tersendiri untuk saya, dan diharapkan lagu itu dapat menjadi pengenalan diri saya dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Beliau berkata lagu itu mengenai seorang lelaki yang jatuh cinta, dan akhirnya kekasihnya meninggal dunia.

“Harapan saya lagu ini diterima baik oleh peminat,” katanya mengenai lagu yang dicipta tiga tahun lepas di Indonesia dan diperdenga­rkan di YouTube dan plaftform penstriman muzik seperti Spotify.

 ?? — Gambar Astro ?? MASIH AKTIF: Gambar fail menunjukka­n Isa Khan ketika di awal kemunculan­nya dalam bidang seni sebagai salah seorang peserta AF 2016. Kini, Isa Khan banyak tertumpu di bidang lakonan bagi mengukuhka­n lagi namanya dalam industri seni tanah air selepas...
— Gambar Astro MASIH AKTIF: Gambar fail menunjukka­n Isa Khan ketika di awal kemunculan­nya dalam bidang seni sebagai salah seorang peserta AF 2016. Kini, Isa Khan banyak tertumpu di bidang lakonan bagi mengukuhka­n lagi namanya dalam industri seni tanah air selepas...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia