Utusan Borneo (Sarawak)

Isi slot di TV2, 7 Apri l ini

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) seperti biasa menjanjika­n dramadrama menarik khas buat tontonan penonton setianya.

Pada 7 April ini, saksikan ‘Tesis Cinta Untuk B’ yang bakal bersiaran pada jam 10.30 malam di TV2.

Telemovie arahan Harris Fadzillah Abd Samad ini menggandin­gkan pelakon utama Janna Nick dan Erwin Dawson.

Turut menampilka­n Hafeez Mikail, Eyka Farhana, Hashimah Zaki dan Fauzi Nawawi.

Memaparkan tentang Bella seorang penjual gula-gula di taman merupakan seorang yang pesimis.

Cantik tetapi kasar. Dia sering ternampak Azri, seorang pendiam yang bongkak dan sering membaca buku di taman.

Pertemuan pertama mereka tidak mencetuska­n persahabat­an tetapi sebaliknya permusuhan.

Tanpa pengetahua­n Bella, adiknya Baby sering keluar dengan Azri yang rupanya seorang model terkenal.

Walau bagaimanap­un, Azri tidak mengetahui tentang asal-usul Bella dan Baby yang tinggal dengan bapa mereka yang jahat.

Apabila mengetahui yang Baby pernah diperkosa bapa kandungnya sendiri, Azri mengherdik Baby dan keluargany­a, membawa kepada pergaduhan antara Bella dan Azri.

Namun perlahanla­han pergaduhan itu bertukar menjadi bibit cinta, semakin mereka bergaduh, semakin mereka tertarik.

Rakan Azri iaitu Rudy merupakan anak yatim bermasalah yang baik dengan Bella juga.

Rudy pada suatu petang terjumpa diari milik Bella. Dia yakin yang diari Bella ini dapat mengubah Azri. Walau enggan, Azri mengambiln­ya juga.

Hari yang sama Rudy meminta pinjam wang dan ingin tidur di rumah Azri ditolak mentah-mentah.

Rudy yang terpaksa bermalam di taman akhirnya dibunuh oleh bapa Bella.

Azri kesal, dia juga membaca Diari Bella dan rasa terpukul kerana menghukum Bella dan Baby tanpa menyiasat hal yang sebenar.

Apabila Bella dan Baby dihalau oleh bapa mereka, Azri mengambil mereka untuk menumpang dengannya.

Lalu bagaimanak­ah kesudahan hubungan cinta mereka?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Janna Nick dan Erwin Dawson dalam ‘Tesis Cinta Untuk B’ yang bakal bersiaran pada 7 April ini.
WATAK UTAMA: Janna Nick dan Erwin Dawson dalam ‘Tesis Cinta Untuk B’ yang bakal bersiaran pada 7 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia