Utusan Borneo (Sarawak)

Enam polis maut dalam rusuhan di penjara Mexico

-

COATZACOAL­COS: Tujuh orang termasuk sekurangku­rangnya enam anggota polis maut kelmarin dalam rusuhan penjara di timur Mexico, kata pihak berkuasa, keganasan berdarah terbaharu dalam penjara di negara itu.

Polis cuba membawa sekumpulan banduan yang “amat berbahaya” dari penjara La Toma di negeri Veracruz apabila banduan menyerang enam anggota tersebut, mengunci mereka dalam sebuah ruang tertutup dan membakarny­a, kata kerajaan negeri.

“Banduan memulakan kebakaran, menyebabka­n enam anggota polis mati kerana menghidu asap,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Individu ketujuh yang belum lagi dikenali turut terbunuh, katanya.

Seramai 15 anggota polis dimasukkan ke hospital kerana kecederaan. Tujuh banduan turut cedera dalam rusuhan itu, dua daripada mereka serius.

Anggota tentera dihantar ke dalam penjara untuk membantu polis negeri mengawal situasi, kenyataan itu menyebut.

Saudara- mara banduan yang gelisah berhimpun di luar penjara untuk menuntut berita mengenai ahli keluarga mereka, menurut seorang jurugambar AFP di tempat kejadian.

Polis yang memakai kelengkapa­n rusuhan menubuhkan kepungan keselamata­n yang ketat di sekeliling kompleks berkenaan.

Kemudahan itu terletak dalam perbandara­n Amatlan de los Reyes, kira-kira 140 kilometer ke selatan ibu negeri Veracruz, Xalapa.

Penjara di Mexico kerap mengalami rusuhan, pembunuhan dan kejadian banduan meloloskan diri dari penjara.

Geng jenayah sering memegang kuasa hakiki di dalam penjara, dan beroperasi dengan kerjasama pegawai yang korup. Pejabat ombusman hak asasi manusia di Mexico mengakui masalah itu dalam laporannya pada 2017 mengenai penjara di negara tersebut.

Ia turut membunyika­n penggera mengenai keadaan penjara yang buruk, kesesakan dan keganasan.

Rusuhan penjara yang berdarah merupakan satu masalah besar di kebanyakan negara Amerika Latin.

Pada Rabu lepas 68 orang mati dalam kebakaran sewaktu rusuhan dalam sebuah kemudahan tahanan Venezuela. Dua daripada mereka yang terkorban adalah pelawat wanita.

Veracruz merupakan salah sebuah negara yang paling teruk dilanda keganasan yang telah menyelubun­gi Mexico, didorong amnya oleh pengedaran dadah.

Negeri itu menyaksika­n perang kawasan antara kartelkart­el dadah berpengaru­h, iaitu Generasi Baharu Jalisco, kumpulan Zetas dan Kartel Teluk.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n berkawal di pintu masuk ke penjara ‘La Toma’ selepas rusuhan mengorbank­an nyawa enam anggota polis di Amatlan de los Reyes, di selatan ibu negeri Veracruz, Xalapa kelmarin.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n berkawal di pintu masuk ke penjara ‘La Toma’ selepas rusuhan mengorbank­an nyawa enam anggota polis di Amatlan de los Reyes, di selatan ibu negeri Veracruz, Xalapa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia