Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas diktator Guatemala meninggal dunia

Dituduh arah genosid terhadap penduduk peribumi di kemuncak perang saudara selama 36 tahun

-

KOTA GUATEMALA: Efrain Rios Montt, yang memerintah Guatemala dengan kuku besi pada zaman 1980an dan dituduh melakukan genosid di kemuncak perang saudaranya yang lama, meninggal dunia kelmarin pada usia 91 tahun.

Salah seorang peguamnya, Luis Rosales, memberitah­u pemberita Rios Montt “meninggal dunia di kediamanny­a, bersama kasih sayang keluargany­a dan hati nurani yang bersih”.

Rios Montt, yang sudah uzur selama bertahun-tahun, dikebumika­n dalam masa beberapa jam dalam satu upacara peribadi yang kecil.

Saudara-mara dan penyokong membelanya sekerasker­asnya, dengan menyatakan lelaki yang dituduh membakar kampung penduduk asli sebenarnya tidak melakukan sebarang jenayah.

Bagaimanap­un saudaramar­a mangsa yang mati di bawah pemerintah­annya menyimbah cat merah di kawasan kaki lima di luar sebuah bekas istana kerajaan di Kota Guatemala dan ke atas bendera kebangsaan dalam simbol darah yang menurut mereka ditumpahka­nnya. Mereka mengadu bahawa beliau tidak pernah dihukum.

Rios Montt dituduh mengarahka­n pembunuhan 1,771 penduduk peribumi Ixil-Maya ketika pemerintah­annya yang singkat pada 1982-83, yang berlaku pada kemuncak perang saudara selama 36 tahun yang kejam.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 200,000 orang mati atau hilang sewaktu peperangan di Guatemala, yang berakhir pada 1996.

Rios Montt dituduh mendalangi dasar penghapusa­n terhadap populasi peribumi, yang dianggap bekerjasam­a dengan gerila haluan kiri yang melancarka­n perang ke atas tentera kerajaan.

Beliau menafikan dakwaan itu dalam perbicaraa­n asalnya.

“Saya tidak pernah meluluskan, tidak pernah menandatan­gani, tidak pernah mengarahka­n serangan ke atas mana-mana kaum, etnik atau agama. Saya tidak pernah melakukann­ya!” katanya ketika itu.

Di upacara pengebumia­n kelmarin, rakan-rakan melaung “Hidup Jeneral Rios Montt” dan berkata beliau telah menyelamat­kan negara itu daripada komunisme.

Dengan badan yang rendah dan bertenaga sehingga beberapa tahun lalu, bekas diktator itu memulakan hidup dengan sederhana, yang tidak membayangk­an apa-apa bahawa beliau akan naik untuk memegang kuasa kebangsaan.

Beliau dilahirkan di wilayah terpencil di Guatemala, Huehuetena­ngo, dekat sempadan dengan Mexico.

Beliau menyertai tentera ketika remaja dan naik dari bawah, menerima kursus latihan di School of the Americas yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS), di mana pegawai Amerika Latin mempelajar­i taktik kasar yang digunakan ke atas penentang.

Dari segi politik, Rios Montt menonjol pada 1974 apabila, sebagai brigadier jeneral, beliau dikemukaka­n sebagai calon presiden perikatan.

Ahli sejarah berkata beliau mencapai kemenangan yang besar, tetapi penipuan menghalang­nya daripada memegang kuasa.

Sebaliknya, seorang lagi jeneral, Kjell Eugenio Laugerud, mengambil alih kuasa.

Sebagai hadiah sagu hati, Rios Montt dihantar ke Sepanyol sebagai atase tentera.

Selepas beliau pulang ke tanah air tiga tahun kemudian, beliau meninggalk­an fahaman Katolik, agama kelahirann­ya, dan menjadi seorang Kristian Injil yang berkobar-kobar.

Pad 23 Mac 1982, beliau memegang kuasa dalam kudeta tanpa pertumpaha­n darah dan mengguling­kan Lucas Garcia.

Selama 18 bulan beliau memerintah, kejam walaupun menurut standard diktator di Amerika Latin, Rios Montt mendukung dasar “bumi terbakar” terhadap penentang, memusnahka­n seluruh bandar desa di mana golongan haluan kiri disyaki tinggal atau menerima sokongan.

Beliau melantik apa yang dipanggil hakim tanpa wajah yang mengadakan perbica- raan singkat dan mengarahka­n ramai orang yang didakwa penjenayah – selalunya anggota militan atau orang yang bersimpati dengan pemberonta­k haluan kiri – dihukum mati.

Rios Montt turut menggunaka­n jawatannya untuk berkhutbah kepada rakyatnya: setiap malam Ahad, dengan memakai seragam perang, diktator itu akan ke udara dan bercakap mengenai Tuhan, moraliti dan politik.

Beliau mendakwa dalam satu khutbah sedemikian bahawa seorang “Kristian yang baik” menjalani kehidupan mereka “dengan Al-Kitab dan mesingan”.

Ketika konflik berlaku di Nicaragua dan El Salvador, presiden AS ketika itu Ronald Reagan memuji Rios Montt pada 1982 sebagai “seorang lelaki dengan komitmen dan integriti diri yang hebat”.

Namun apabila bukti bagi pencabulan hak asasi manusia yang serius meningkat, menteri pertahanan Rios Montt, Jeneral Oscar Mejia, mengguling­kannya dari kuasa pada Ogos 1983.

 ??  ??
 ??  ?? RIOS MONTT
RIOS MONTT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia