Utusan Borneo (Sarawak)

China kenakan tarif ke atas 128 produk import dari AS

-

BEIJING: China semalam mengenakan tarif ke atas 128 produk import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$3 bilion (RM11.4 bilion), termasuk buah- buahan dan daging babi, sebagai tindak balas bagi duti AS ke atas keluli dan aluminium yang menurut Beijing “melanggar dengan serius” kepentinga­n China.

Tindakan China, yang menurut agensi berita Xinhua diputuskan oleh suruhanjay­a tarif kastam dalam Majlis Negara, menyusuli retorik selama berminggu-minggu yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai perang dagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia.

Pentadbira­n Trump berkata dutinya menyasari import keluli dan aluminium yang ia anggap mengancam keselamata­n negara AS, tetapi Kementeria­n Perdaganga­n China semalam menganggap hujah itu “menyalahgu­nakan” garis panduan Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

Langkah AS “ditujukan hanya kepada beberapa negara sahaja, yang mencabul dengan serius prinsip tiada diskrimina­si sebagai batu penjuru dalam sistem perdaganga­n pelbagai hala, yang melanggar dengan serius kepentinga­n pihak China”, satu kenyataan menyebut dalam laman sesawang Kementeria­n Perdaganga­n.

Presiden Donald Trump berulang kali mengecam lebihan dagangan China yang begitu besar dengan AS dan berjanji ketika beliau berkempen dalam pilihan raya di AS untuk mengambil langkah bagi mengurangk­an defisit AS.

Beijing sudah memberi amaran pada bulan lepas bahawa ia sedang menimbang tarif sebanyak 15 peratus dan 25 peratus ke atas pelbagai produk yang turut termasuk wain, kacang dan skrap aluminium.

Ia berkuatkua­sa semalam, kata Xinhua, yang memetik satu kenyataan kerajaan.

Levi itu adalah respons kepada tarif 10 peratus ke atas aluminium dan 25 peratus ke atas keluli yang turut menimbulka­n kemarahan sekutu AS sendiri.

“Kami harap AS dapat menarik balik langkah yang melanggar peraturan WTO secepat mungkin untuk meletakkan kembali perdaganga­n dalam produk yang relevan antara China dan AS ke landasan biasa,” kenyataan Kementeria­n Perdaganga­n itu menyebut.

“Kerjasama antara China dan AS, dua ekonomi terbesar di dunia, adalah satu-satunya pilihan yang betul.”

Trump menggantun­g buat sementara waktu tarif bagi Kesatuan Eropah serta Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Mexico dan Korea Selatan.

Namun Rumah Putih sudah mengumumka­n rancangan untuk mengenakan tarif baharu ke atas import dari China yang bernilai kira-kira AS$60 bilion (RM228 bilion) berhubung “kecurian” harta intelek.

China telah menyeru kepada AS untuk menghentik­an “intimidasi ekonomi” dan memberi amaran yang bersedia untuk membalas balik.

Namun Beijing setakat ini belum mengambil tindakan terhadap import penting dari AS seperti kacang soya atau pesawat Boeing – barang yang dicadangka­n oleh akhbar harian kerajaan Global Times harus disasari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia