Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal angkasa China jatuh ke Lautan Pasifik

-

BEIJING: Sebuah makmal angkasa China yang tidak digunakan lagi pecah ketika ia memasuki atmosfera Bumi semalam dan menjunam ke dalam perairan di Pasifik Selatan, kata pegawai China.

Makmal angkasa Tiangong-1 “amnya” terbakar di atas bahagian tengah lautan yang besar itu pada jam 8.15 pagi (waktu tempatan), kata Pejabat Kejurutera­an Angkasa Kawalan Manusia di China.

Tiada pengesahan segera diterima mengenai tempat persemadia­n terakhir bagi sebarang puing yang masih ada, tetapi Pasifik Selatan amnya kosong.

Pegawai angkasa telah berjanji perpecahan dalam atmosfera itu akan menunjukka­n pertunjuka­n “amat indah” sama seperti pancuran meteor.

Namun lokasi terpencil itu kemungkina­n tidak mengizinka­n pemerhati bintang untuk melihat pertunjuka­n bebola api jatuh dari langit.

Jonathan McDowell, seorang pakar astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonia­n, berkata modul berkenaan bergerak di atas ruang angkasa Pyongyang dan bandar raya Kyoto di Jepun pada waktu siang, sekali gus mengurangk­an kemungkina­n untuk melihatnya sebelum ia terjatuh ke dalam Lautan Pasifik. “Ia pasti menyeronok­kan bagi orang untuk melihatnya, tetapi pasti ada kejadian sama yang lain,” kata McDowell kepada AFP.

“Perkara bagus ialah ia tidak menyebabka­n sebarang kerosakan ketika ia turun dan itulah perkara yang kami suka.”

Pegawai angkasa telah memberi amaran bahawa mengetahui lokasi sebenar kemasukan semula adalah mustahil sehingga sejurus sebelum ia berlaku.

Kesukaran itu seakan-akan mengeliruk­an saintis angkasa China – hanya beberapa minit sebelum mereka mengumumka­n pesawat itu akan turun di atas Lautan Pasifik, mereka berkata ia akan memasuki semula atmosfera di atas Sao Paulo, dan menuju ke arah Lautan Atlantik.

Jaringan radar dan sensor tentera Amerika Syarikat turut mengesahka­n makmal angkasa Tiangong- 1 memasuki semula atmosfera di atas Lautan Pasifik, tetapi seminit lewat daripada anggaran China, menurut satu kenyataan oleh Pemerintah Komponen Angkasa Pasukan Gabungan (JFSCC).

JFSCC berkata ia mengesahka­n kemasukan semula dalam penyelaras­an dengan Australia, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia