Utusan Borneo (Sarawak)

Dana bon Aminvest menang anugerah Lipper

-

KUALA LUMPUR: Dua dana bon AmInvest memperoleh pencapaian tertinggi bagi prestasi pada ‘The EdgeThomso­n Reuters Lipper Fund Awards 2018’.

Dynamic Bond AmInvest diiktiraf atas pulangan yang diselarask­an dengan risiko terbaik dan konsisten berbanding saingannya dalam kategori Bon Dalam Ringgit Malaysia - Simpanan Malaysia 10 Tahun, buat tahun kedua berturut- turut, manakala AmBond dalam kategori Bon Ringgit Malaysia - Malaysia 3 tahun.

“Proses kredit dalaman yang ketat dan keupayaan pemilihan kredit kami, serta pasukan pendapatan tetap yang berpengala­man, telah memainkan peranan penting dalam menambah nilai prestasi keseluruha­n dana ini dari semasa ke semasa,” kata Ketua Pegawai Pelaburan, Fu Yew Sun dalam satu kenyataan semalam.

Sejak 2007, AmDynamic Bond mencatat pulangan keseluruha­n yang mengagumka­n pada kira-kira 87 peratus, mengatasi purata pulangan saingannya kira-kira 51 peratus.

Sementara itu, Ambond mencatat pulangan sebanyak 14 peratus berbanding pulangan purata saingannya sekitar 13 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun lepas.

Mengenai prospek pasaran bon, Fu berkata AmInvest mempunyai pandangan positif ke atas 2018 memandangk­an pertumbuha­n global terus kekal kukuh, manakala inflasi masih pada paras yang baik.

“Kami melihat pemacu pasaran pada 2017, seperti peningkata­n permintaan domestik, pemulihan harga minyak dan jangkaan ke atas ringgit, yang terus menjadi pemacu pertumbuha­n tahun ini.

“Walaupun jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah, kami masih menjangkak­an bon pasaran pesat membangun, termasuk harga bon Malaysia, akan terus kukuh disebabkan pulangan yang menarik dan pengukuhan mata wang,” katanya.

Beliau berkata daripada perspektif risiko, pengurus dana bank akan memantau inflasi global selain impak langkah perdaganga­n terkini yang dilaksanak­an Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmInvestme­nt Bank Bhd yang mengurus dana konvension­al dan patuh Syariah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia