Utusan Borneo (Sarawak)

Menerusi pelaburan syarikat China, sasaran RM383 bilion menjelang 2025 akan dicapai lebih awal

-

JOHOR BAHRU: Lembaga Pembanguna­n Wilayah Iskandar (IRDA) menjangkak­an China menyumbang antara 15-20 peratus daripada sasaran pelaburan RM30 bilionnya tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Ismail Ibrahim berkata pelaburan China menyumbang RM30 bilion daripada jumlah keseluruha­n RM253 bilion yang diperoleh pihak berkuasa itu sejak 2006 hingga 2017.

“Daripada RM30 bilion, 30 peratus disumbangk­an oleh sektor perkilanga­n, perkhidmat­an ( 30 peratus) dan selebihnya oleh hartanah,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, di sini semalam.

Ismail berkata menerusi pelaburan syarikat-syarikat China, sasaran RM383 bilion menjelang 2025 akan dicapai lebih awal.

“Kami berharap syarikatsy­arikat China akan berminat untuk membangunk­an infrastruk­tur di Iskandar Malaysia, selain membantu kami dengan kepakaran dalam bidang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Bai berkata syarikat-syarikat China telah menunjukka­n minat untuk melabur di Iskandar Malaysia.

“Ada wakil dari 13 perusahaan China mengiringi lawatan ini, dan mereka menunjukka­n minat yang tinggi ke atas Iskandar Malaysia,” katanya.

Menyifatka­n Iskandar Ma- laysia tidak digambarka­n berdasarka­n kelebihan yang dimilikiny­a, seperti lokasi strategik, Bai percaya masih terdapat banyak ruang untuk kerjasama antara syarikat China dan IRDA pada masa akan datang.

“Saya telah menjemput lima pegawai dari Iskandar Malaysia ke China untuk mengikuti dua seminar anjuran Taman Perindustr­ian Suzhou dan Kawasan Pembanguna­n Teknologi- Ekonomi Tianjin, untuk bertukar-tukar pengalaman mengenai amalan baik, serta kejayaan di kawasan pembanguna­n.

“Menerusi usaha berterusan kedua- dua pihak, kami yakin Johor, termasuk Iskandar Malaysia, akan terus berjaya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Bai Tian (dua kanan) membuat lawatan pertama ke kilang D&Y Textile (M) Sdn Bhd di Taman Industri Park semalam di Johor Bahru.
— Gambar Bernama LAWATAN: Bai Tian (dua kanan) membuat lawatan pertama ke kilang D&Y Textile (M) Sdn Bhd di Taman Industri Park semalam di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia