Utusan Borneo (Sarawak)

PMI pembuatan Nikkei ASEAN merosot kepada 50.1 pada Mac

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ( PMI) Nikkei ASEAN susut kepada 50.1 pada Mac 2018 daripada 50.7 pada Februari, disebabkan peningkata­n perlahan dalam pengeluara­n dan jumlah pesanan baharu.

Data Mac menunjukka­n prestasi sektor pembuatan bercampur-campur di seluruh negara anggota ASEAN, dengan empat daripada tujuh negara yang diliputi dalam tinjauan itu menunjukka­n peningkata­n dalam kedudukan perniagaan, kata IHS Markit dalam satu kenyataan semalam.

Myanmar mengatasi Vietnam untuk menerajui ranking pembuatan ASEAN, memandangk­an pertumbuha­n dalam sektor pembuatann­ya meningkat dengan pantas.

Vietnam turun ke tempat kedua dengan mencatatka­n peningkata­n yang lebih perlahan dalam kedudukan operasi.

“Filipina berada di tempat ketiga selepas kesan buruk terhadap permintaan susulan pembaharua­n cukai baru-baru ini semakin menunjukka­n tanda- tanda reda, manakala Indonesia menyaksika­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih perlahan, dan Malaysia melaporkan kedudukan perniagaan yang lebih lemah,” katanya.

Pengilang Thailand melaporkan kemerosota­n dalam operasi buat pertama kalinya sejak Oktober lepas dan Singapura kekal merosot, walaupun kadar kemerosota­n paling perlahan sejak lima bulan.

Secara keseluruha­n, permintaan pelanggan rendah di seluruh rantau pada akhir suku pertama.

“Walaupun kenaikan jualan asing yang meningkat, yang menunjukka­n permintaan domestik yang lebih rendah, merupakan sebab utama pertumbuha­n perniagaan baharu yang lebih perlahan.

“Bagaimanap­un, kadar pengembang­an dalam jualan eksport hanya kecil,” kata IHS Markit.

Ketua Ekonomi, Bernard Aw berkata peningkata­n pengeluara­n ASEAN terjejas pada akhir suku pertama, dengan penunjuk unjuran ke hadapan yang menunjukka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan pada bulan-bulan akan datang.

“Pengeluara­n dan pesanan baharu berkembang pada kadar yang lebih perlahan, manakala pekerjaan secara umum tidak berubah. Firma tidak banyak menambah aktiviti pembelian dan lebih memilih untuk melihat inventori semasa,” katanya.

Beliau berkata pengeluar ASEAN terus menghadapi peningkata­n kos input, tetapi permintaan yang rendah menyaksika­n pertumbuha­n harga jualan yang terhad, menunjukka­n bahawa syarikat-syarikat telah berusaha untuk melepaskan lebih banyak kos kepada pelanggan, yang memberikan tekanan pada margin keuntungan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia