Utusan Borneo (Sarawak)

PMI pembuatan Nikkei Malaysia susut kepada 49.5 pada Mac

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Nikkei Malaysia susut kepada 49.5 pada Mac 2018 berbanding 49.9 pada Februari, didorong oleh kedudukan operasi yang semakin merosot.

Kemerosota­n dalam pengeluara­n pembuatan buat pertama kalinya dalam tempoh lapan bulan dikaitkan dengan penurunan keluaran dengan jumlah tempahan yang lebih rendah.

Dalam satu kenyataan semalam, penyedia perkhidmat­an maklumat kewangan, IHS Markit, berkata prestasi rendah dalam sektor itu juga didorong oleh penurunan jumlah perniagaan baharu dalam firma pembuatan Malaysia.

“Permintaan yang lemah merupakan faktor utama di sebalik jumlah kerja baharu yang lebih rendah. Namun, kadar penguncupa­n secara keseluruha­nnya kecil,” katanya.

Ahli ekonominya, Aashna Dodhia berkata sektor pembuatan Malaysia menghadapi tekanan kos yang lebih tinggi pada akhir suku berkenaan, dan inflasi kos input meningkat hingga ke tahap paling ketara setakat ini pada 2018.

Harga jualan purata meningkat pada Mac, sekali gus memperluas­kan jujukan inflasi semasa hingga hampir satu setengah tahun.

“Harga jualan yang lebih tinggi mencermink­an kos input yang lebih tinggi yang dilepaskan kepada pelanggan. Bagaimanap­un, caj di pintu kilang hanya meningkat pada kadar sederhana yang menunjukka­n bahawa firma-firma itu kekal berada dalam tekanan,” katanya.

Kemasukan ke pasaran baharu, lebih banyak projek dan peningkata­n yang diharapkan dalam permintaan menyokong keyakinan dalam kalangan pengeluar bahawa pengeluara­n akan meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Bagaimanap­un, tahap sentimen yang positif susut kepada paras paling lemah setakat ini pada 2018, dan rendah sedikit berbanding siri purata,” kata Dodhia. — Bernmaa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia