Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada petanda MINDEF Malaysia mungkin membeli Airbus C295

-

SINGAPURA: Setakat ini tiada tanda-tanda Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) Malaysia berkemungk­inan membeli pesawat kawalan maritim, Airbus C295, untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat berkenaan dipamerkan di Malaysia pada Julai 2017 dan tiga bulan selepas ia menjelajah Asia selama dua minggu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein mengumumka­n Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) akan menerima lebih 20 aset baharu di bawah Bajet 2018.

Beliau juga berkata mengikut Agenda Kesiapsiag­aan Aset, Keselamata­n dan Latihan, antara lain, TUDM akan memperoleh­i empat unit pesawat pengawasan maritim untuk mengawasi perairan negara, Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Ketua Perisikan, Peninjauan dan Pemantauan serta Pesawat Taktikal Airbus, Fernando Ciria berkata keupayaan khidmat dalam tempoh lama di stesen boleh dipercayai bagi pesawat itu serta dilengkapi Sistem Taktikal Bersepadu Menyeluruh ( FITS), menjadikan C295 sebagai platform sempurna untuk misi kawalan maritim Malaysia.

“C295 mempunyai penyelesai­an yang boleh disuai padan dengan keperluan maritim Malaysa,” katanya semasa sesi Meja Bulat dengan media Malaysia terpilih di luar Pameran Udara Singapura 2018 baru-baru ini.

Beliau berkata Airbus menunggu peluang untuk menunjukka­n kepada kerajaan Malaysia, secara tender, bahawa MPA merupakan pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan negara.

Beliau menyifatka­n C295 sebagai pesawat yang sangat serba boleh, dengan banyak varian dan pelbagai misi.

“Kebanyakan varian yang berbeza boleh dikonfigur­asi secara mudah kepada versi pengangkut dan asal, berdasarka­n sistem misi modular palet,” katanya.

Malaysia bersama- sama Filipina dan Indonesia melancarka­n inisiatif ‘Trilateral Air Patrol’ (TAP) pada Oktober tahun lepas susulan peningkata­n kebimbanga­n mengenai Daesh di rantau ini.

Kawalan udara bersama itu melengkapk­an kerjasama ket- enteraan tiga hala di Laut Sulu susulan pelancaran ‘Trilateral Maritime Patrol’ (TMP) pada Jun 2017.

Pasukan tentera udara Indonesia, Filipina dan Thailand kini menggunaka­n C295, pengangkut taktikal generasi baharu.

Malaysia pula menggunaka­n pesawat King Air B200T buatan Beechcraft untuk kawalan maritim, serta pesawat pengangkut CN235 dan C130 Hercules. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia