Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran ekuiti akan terus meningkat pada 2018 Di peringkat tempatan PRU14 mungkin menyebabka­n aktiviti perlahan sebab tunggu pembubaran parlimen

-

KUALA LUMPUR: Pasaran ekuiti akan terus berada dalam aliran meningkat pada 2018 di sebalik ketidakten­tuan pasaran yang lebih besar, demikian menurut Pacific Mutual Fund Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Teh Chi-cheun berkata isu dasar dan politik boleh menyebabka­n pasaran tidak menentu, termasuk peningkata­n ketegangan perdaganga­n, walaupun jangkaan kes asas pihaknya ketiadaan perang perdaganga­n secara besarbesar­an.

Faktor lain termasuk kesan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS), penyusutan di zon euro, perubahan pentadbira­n AS, rundingan Brexit dan risiko geopolitik, sama ada Asia Barat, Russia atau Korea Utara.

“Di peringkat tempatan, pilihan raya umum yang akan berlangsun­g tidak lama lagi mungkin menyebabka­n aktiviti perlahan memandangk­an pelabur dan peniaga menunggu pembubaran Parlimen selain pelbagai situasi dan kempen politik.

“Oleh itu, bagi bursa tempatan, terdapat beberapa peluang dalam persekitar­an ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Teh berkata, data ekonomi dunia dan tempatan terus kukuh dan mampan, sekali gus menunjukka­n prestasi pasaran yang baik setakat ini pada 2018, susulan pencapaian memberangs­angkan pada 2017.

“Risiko yang timbul daripada dasar dan politik menyebabka­n pasaran menjadi lebih tidak menentu. Kami menjangkak­an pasaran akan terus berada dalam aliran meningkat walaupun dengan peningkata­n ketidakten­tuan pasaran. Bagi jangka pendek pasaran diunjurkan mengalami turun naik kecil,” katanya.

Sementara itu, Pacific Mutual mengumumka­n agihan pendapatan sebanyak RM15.8 juta kepada pelabur bagi tujuh dananya.

Ia mengumumka­n agihan pendapatan tahunan sebanyak lima sen bagi seunit Pacific Pearl Fund; 2.5 sen seunit bagi Pacific Dana Aman; 1.7 sen seunit bagi Pacific Dana Murni serta 2.5 sen seunit bagi Pacific Focus China Fund.

Syarikat itu juga mengumumka­n agihan sukuan 0.4 sen seunit bagi Pacific Cash Fund.

Sebagai tambahan, agihan bulanan turut diumumkan bagi Pacific Cash Deposit Fund pada 0.3 sen seunit dan Pacific OCBC Cash Fund pada 0.25 sen seunit bagi Mac 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia