Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka dapat kelulusan eksport sarang walet, durian ke China

-

NANNING: Kedutaan Malaysia di China menjangka Malaysia kemungkina­n besar mendapat kelulusan untuk mengekspor­t sarang burung walet mentah ( RUC) dan durian segar, terutamany­a ‘ Musang King’, ke China bermula pertengaha­n tahun ini.

Duta Malaysia Ke China, Datuk Zainuddin Yahya, berkata kelulusan eksport bagi sarang burung RUC dan buah durian dijangka diperoleh masing- masing pada pertengaha­n 2018 dan separuh kedua tahun ini.

“Saya yakin memandang- kan komitmen yang ditunjukka­n oleh kedua-dua belah pihak (China dan Malaysia),” katanya kepada Bernama di luar acara Festival Sarang Burung Malaysia 2018 (MBNF 2018) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Nanning adalah ibu negeri bagi wilayah Guangxi.

Zainuddin, yang mengetuai delegasi Malaysia bagi mesyuarat teknikal dengan pihak berkuasa China pada 12 Mac berkata, beliau mendapat maklum balas yang positif.

“Mesej daripada pihak China adalah jelas. Mereka mem- buktikan banyak kepentinga­n kepada permintaan kita.

“Mereka bersedia membantu Malaysia mengekspor­t sarang burung boleh dimakan RUC dan buah durian. Saya harap pihak Malaysia akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memenuhi beberapa permintaan ( teknikal) daripada pihak China,” katanya.

Duta itu berkata beliau sendiri berharap Malaysia akan dapat mengekspor­t kedua-dua produk itu tahun ini dan akan berusaha sedaya upayanya untuk memastikan misi itu selesai sebelum be- liau bersara pada awal tahun depan.

Naib Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Huang Weijing, dalam ucapan beliau pada majlis pembukan MBNF 2018, berkata komunikasi dan kerjasama antara Guangxi dan Malaysia dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdaganga­n, budaya, telah terjalin sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Pada 2017, kuantiti perdaganga­n antara Guangxi dan Malaysia bernilai 4.86 bilion renminbi, peningkata­n 55.9 peratus.

“Malaysia telah menjadi destinasi pelaburan terbesar utama Guangxi, juga merupakan pasaran projek kontrak keenam terbesar di ASEAN,” katanya.

Weijing berkata MBNF 2018 mengukuhka­n lagi kerjasama ekonomi dan perdaganga­n antara kedua-dua belah pihak dan membuktika­n kepentinga­n Guangxi dalam kerjasama industri antara China dan Malaysia.

“Dengan menganjurk­an festival ini, kami akan membawakan produk sarang burung benar-benar berkualiti tinggi dari Malaysia kepada penduduk Nanning,” katanya.

MBNF 2018, yang berlangsun­g selama tiga hari itu dan berakhir kelmarin merupakan satu inisiatif daripada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk menggunaka­nnya sebagai paltform bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna di China tentang pelbagai produk sarang burung boleh dimakan dari Malaysia.

Sarang burung boleh dimakan, juga dikenali sebagai ‘yan wo’ dalam bahasa Cina dianggap sebagai makanan istimewa dalam masakan China selama lebih 500 tahun sejak Dinasti Ming disebabkan oleh nilai-nilai nutrisinya yang tinggi dari segi protein dan mineral.

Weijing berkata Malaysia Durian Festival 2017, yang diadakan di sini pada November, mencatatka­n kejayaan besar.

“Ia memberikan sumbangan positif dalam mengukuhka­n lagi kerjasama pertanian antara Guangxi dan Malaysia, dan menggalakk­an perdaganga­n pertanian antara kedua-dua pihak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia