Utusan Borneo (Sarawak)

WSF mahu mulakan program pembiayaan pemula niaga

-

KUALA LUMPUR: World Startup Festival (WSF), sebuah platform keusahawan­an global dari Amerika Syarikat (AS), mahu memulakan program pembiayaan pemecut pertamanya di Malaysia pada awal bulan ini.

Presiden WSF Freda Miriklis berkata, program secara bulanan itu, merupakan prasyarat kepada syarikat pemula niaga yang mencari pembiayaan melalui rangkaian pelabur-pelabur ekuiti swasta WSF.

WSF, adalah penghubung untuk perniagaan di seluruh dunia dan inkubator perniagaan yang menyeluruh, ia memiliki saiz dana sebanyak AS$20 juta (AS$ 1 = RM3.85) dan menawarkan program pemecut, pendedahan media antarabang­sa, langkah bagi penawaran awam permulaan, akses pasaran antarabang­sa, penarafan dan anugerah untuk syarikat pemula niaga.

“Syarikat pemula niaga yang mengambil bahagian dalam semua tiga modul yang ada dalam progran pemecut serta menunjukka­n kemajuan yang memuaskan dalam perniagaan mereka, dijamin akan menerima pembiayaan untuk ke peringkat seterusnya,” katanya kepada Bernama semalam.

Malaysia mempunyai sistem sokongan yang kuat, hasil inisiatif kerajaan yang telah menyalurka­n banyak dana ke arah pembanguna­n syarikat pemula niaga di negara ini, katanya.

“Saya percaya terdapat banyak potensi dalam sektor logistik, khususnya den- gan lonjakan e-dagang serta pengembang­an teknologi kewangan di rantau ini, yang akan meningkatk­an permintaan ke atas pembayaran digital,” katanya.

Syarikat pemula niaga Malaysia, boleh memanfaatk­an kerancakan dalam ekosistem pemula niaga pada sekarang ini, tambah lagi, apabila mempunyai banyak agensi dan pertubuhan yang bersedia bagi menyokong pembanguna­n syarikat pemula niaga.

“Malaysia mempunyai sumber kreativiti dan dorongan untuk inovasi yang hebat.

“Dana menjadi cabaran terbesar, kerana saya percaya kemudahan ini masih kurang di negara ini dan ia menjadi sebab mengapa WSF boleh memainkan peranan penting bagi mengisi jurang berkenaan,” kata Miriklis.

Melalui mekanisme pembiayaan WSF, akses pasaran dan pendedahan media, rancangan bagi masa depan adalah untuk mempunyai kemasukan syarikat pemula niaga yang mantap.

“Kita sedang mengumpulk­an syarikat-syarikat pemula niaga dalam 10 wilayah seluruh dunia,” katanya.

Katanya, bagi usahawan wanita, perlu ada kesedaran di kalangan mereka mengenai kepentinga­n keusahawan­an dan bagaimana mereka boleh dididik.

Selain daripada program pemecut di Malaysia, WSF akan menganjurk­an Festival Paris tahunannya pada 6 hingga 8 Jun depan, katanya.

“Festival itu mengumpulk­an usahawan syarikat pemula niaga, firma-firma besar, penggubal dasar dan pemimpin masyarakat terutamany­a dari Asia, Afrika dan Eropah bagi membuat kerjasama, pembiayaan dan akses kepada pasaran,” katanya. — Bernama

 ??  ?? FREDA
FREDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia