Utusan Borneo (Sarawak)

PMB Investment sasar pelaburan awal bagi PMB SASEF

-

KUALA LUMPUR: PMB Investment Bhd menyasarka­n pelaburan awal antara AS$ 30 juta dan AUS$ 50 juta pada tahun ini bagi dana pelbagai mata wang baharunya, PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund ( PMB SASEF).

Ketua Pegawai Eksekutif, Najmi Mohamed, berkata dengan harga tawaran awal sebanyak 50 sen atau AS$ 0.50, dana baharu itu akan menyediaka­n platform tambahan kepada PMB Investment untuk mencapai sasaran RM1.9 bilion bagi aset di bawah pengurusan tahun ini.

“PMB SASEF melabur di lima pasaran ASEAN yang utama – Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

“Nilai aset bersih lima negara tersebut adalah AS$ 2.6 trilion ( AS$ 1 = RM3.85), termasuk saham shariah dan konvension­al. Daripada nilai itu, hanya AS$ 860 bilion daripada saham tersebut dipilih bagi pelaburan PMB SASEF,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dana itu di sini semalam.

Najmi berkata PMB Investment turut merancang untuk melancarka­n dana skim persaraan swasta ( PRS) sendiri untuk meng- galakkan lebih ramai golongan muda melabur pada usia muda.

“Kami sudah mempunyai perancanga­n, tetapi kami belum mempunyai masa yang sesuai untuk pelancaran dan kami akan memantau prestasi PMB SASEF buat masa ini,” katanya.

Sehingga pada 28 Feb, 2018, Najmi berkata, terdapat 3,286 syarikat disenaraik­an di bursa saham ASEAN, dan 1,720 syarikat, atau 47.7 peratus, saham ekuiti patuh shariah.

Beliau berkata sebanyak 300 syarikat patuh syariah terbesar oleh permodalan pasaran di ASEAN akan dipilih bagi PMB SASEF.

“Pecahan saham patuh shariah bagi dana tersebut adalah seperti berikut, 98 di Malaysia, 73 di Indonesia, 72 di Thailand, 34 di Singapura dan 23 di bursa Filipina,” katanya.

Beliau berkata pengurus dana akan menjalanka­n analisis prestasi relatif ke atas 300 syarikat berdasarka­n harga pergerakan saham, potensi pertumbuha­n, hasil keuntungan dan dividen sebelum memilih mana- mana saham yang berpotensi tinggi untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia