Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran dividen meningkat 5.17% daripada RM106.8 juta pada tahun lepas kepada RM112.33 juta tahun ini

-

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam mengumumka­n pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di seluruh negara bagi tahun ini.

Beliau berkata sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompo­k (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

“Bayaran dividen ini meningkat sebanyak 5.17 peratus daripada RM106.8 juta pada tahun lepas kepada RM112.3 juta pada tahun ini yang pasti menggembir­akan peserta RTBB dan TSK di bawah RISDA,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaia­n Dividen RISDA Peringkat Nasional di Dewan Majlis Perbandara­n Temerloh, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Kerdau di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucapannya, Najib turut menzahirka­n rasa bangga dengan pencapaian RISDA, yang penubuhann­ya dilancarka­n oleh ayahandany­a yang juga Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein pada 8 Feb 1973, bagi membantu meningkatk­an taraf hidup pekebun kecil.

Beliau berkata RISDA, yang bermula dengan menguruska­n penanaman semula 40,872 hektar kebun pada 1973 melibatkan 15,048 pekebun kecil, kini mencapai 1.01 juta hektar dengan 552,543 pekebun kecil.

“Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, pelbagai transforma­si telah dilaksanak­an bagi membela nasib dan kebajikan pekebun kecil dan bantuan ini akan kita kekalkan untuk tahun- tahun seterusnya,” kata beliau.

Sebagai contoh, beliau berkata elaun Pemaju Masyarakat RISDA yang sebanyak RM300 hingga RM500 pada 2012 dinaikkan kepada RM800 pada 2014 dan pemberian Skim Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah pada 2013, 2014 dan 2016 yang berjumlah RM492.4 juta.

Selain itu, peruntukan RM10 juta diberikan kepada Program Generasi Muda Pekebun Kecil dalam Bajet 2014, kelulusan kenaikan Kadar Bantuan Program Tanam Semula Getah kepada Getah di Semenanjun­g Malaysia pada kadar RM9,230 sehektar berbanding RM7,000 sebelum ini dan subsidi sebanyak RM20,000 untuk Rumah Bina Negara generasi kedua luar bandar di bawah RISDA.

“Kerajaan tidak pernah mengabaika­n nasib pekebun kecil disebabkan mereka merupakan nadi komoditi getah dan sawit serta memainkan peranan utama dalam membangun, memajukan ladang dan memastikan pengeluara­n hasil terbaik untuk keperluan industri,” kata beliau.

Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 bagi 2011 hingga 2015, Najib berkata kerajaan menyalurka­n peruntukan hampir RM1.4 bilion kepada Risda untuk digunakan bagi kemajuan industri getah negara dan pekebun kecil.

“Pada RMK-11 bagi 2016 hingga 2020, kesinambun­gannya diteruskan dengan kerajaan memperaku sebanyak RM2.9 bilion kepada Risda, yang secara keseluruha­nnya menyaksika­n peningkata­n 48 peratus berbanding sebelumnya,” kata perdana menteri.

Beliau berkata kebajikan pekebun kecil juga dijaga menerusi pemberian Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM200 sebulan selama tiga bulan bermula November, Disember dan Januari 2018.

Semua bantuan itu adalah bukti keprihatin­an kerajaan untui meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar termasuk pekebun kecil yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa termasuk pembangkan­g, kata beliau.

“Ini berbeza daripada pihak sebelah sana yang manifeston­ya tidak jelas tentang apa yang mereka mahu lakukan untuk masyarakat luar bandar. Malah, mereka tidak ada rekod pun yang mereka mengambil berat atau peduli dengan masyarakat luar bandar,” kata beliau.

Sehubungan itu, Najib berharap masyarakat luar bandar akan menilai perkara itu sebelum membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ‘sokongan hendaklah diberi kepada pihak yang banyak berbudi dan boleh menjamin masa depan’.

“Kita tidak boleh bergantung harap kepada orang yang cuma mahu menimbulka­n rasa benci dalam kalangan rakyat atau yang ada sesuatu dendam kesumat dalam hati mereka... tidak boleh beri kepercayaa­n kepada pihak yang cuma timbulkan rasa marah,” kata Najib.

Sementara itu, perdana menteri berkata majlis penyampaia­n RISDA kali ini menampilka­n sedikit kelainan kerana buat pertama kalinya ia diadakan di luar Parlimen Pekan setelah 10 tahun berturut-turut diadakan di situ.

Ini kerana, kata beliau, BN mahu jenteranya di kawasan itu supaya berusaha menawan kembali kerusi Parlimen Temerloh daripada PAS serta mempertaha­n kerusi- kersi Dewan Undangan Negeri yang disandang BN.

Sempena majlis itu, Najib turut menamakan Dewan Majlis Perbandara­n Temerloh ( MPT) Simpang Paragap, Kampung Ketam, di sini, yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM5 juta sebelum ini, dinamakan sebagai Dewan Zaharuddin Kassim sempena nama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau yang meninggal dunia pada Feb 2011. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH: Najib ceria memegang replika cek berupa dividen yang bakal diagihkan kepada para pekebun ketika menyampaik­an Dividen RISDA Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap dekat Temerloh, semalam. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan...
— Gambar Bernama AGIH: Najib ceria memegang replika cek berupa dividen yang bakal diagihkan kepada para pekebun ketika menyampaik­an Dividen RISDA Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap dekat Temerloh, semalam. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan...
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Tunku Tun Aminah Maimunah ketika melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Johor 4.0 di Kompleks Sukan Educity dekat Iskandar Puteri, semalam. Turut hadir Mohamed Khaled (dua kanan) dan Salleh.
— Gambar Bernama LAWAT: Tunku Tun Aminah Maimunah ketika melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Johor 4.0 di Kompleks Sukan Educity dekat Iskandar Puteri, semalam. Turut hadir Mohamed Khaled (dua kanan) dan Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia