Utusan Borneo (Sarawak)

Agihan dividen gembirakan pekebun kecil RISDA

-

TEMERLOH: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di seluruh negara, nyata membawa kegembiraa­n kepada para pekebun kecil di sini.

Rata-rata mereka menyifatka­n pemberian dividen itu sebagai ‘durian runtuh’ yang meringanka­n beban kewangan selain sebagai membakar semangat untuk mengusahak­an tanaman getah atau kelapa sawit dengan lebih gigih.

Pekebun Man Mustapa, 42, dari perkampung­an Orang Asli Paya Sendayan di sini, berkata dividen itu akan digunakan untuk menampung perbelanja­an seharian keluargany­a termasuk enam anak.

“Dua anak saya masih bersekolah... saya memang bergantung sepenuhnya dengan hasil getah yang harganya tidak menentu,” katanya selepas majlis Penyampaia­n Dividen RISDA Peringkat Nasional di Dewan Majlis Perbandara­n Temerloh, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Kerdau di sini, semalam.

Kamsiah Harun, 66, dari Kampung Kuala Mai, Kuala Krau juga gembira untuk menerima dividen daripada kebun getah peninggala­n orang tuanya sejak 30 tahun lepas.

Pekebun dari Kampung Rumpun Makmur di sini, Robiah Kari, 68, berkata pemberian dividen dan pelbagai bantuan daripada RISDA membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap golongan pekebun kecil.

“Pendapatan kami memang tidak menentu terutamany­a semasa musim tengkujuh... sebab itu bersuyukur sangat apabila kerajaan beri ban- tuan RM200 sebulan semasa kami tidak boleh menoreh,” katanya.

Pasangan warga emas Mohd Rafiai Idris, 74, dan isteri Saemah Mohd Shariff, 73, dari Kampung Paya Jejawai di sini, pula berkongsi cerita bahawa mereka sudah beberapa kali mengerjaka­n umrah menggunaka­n dividen RISDA yang diterimany­a sebelum ini.

Mereka kini mempunyai tanah seluas 1.2 hektar yang ditanam kelapa sawit sejak 2002.

“Bayaran jualan hasil biasanya dibayar setiap tiga bulan dan ditambah dengan dividen yang dibayar setahun sekali. Kami simpan untuk pergi umrah dan Lembaga Tabung Haji untuk mengerjaka­n haji.

“Kami tidak dikurniaka­n cahaya mata, jadi hasil jualan kelapa sawit ini cukup untuk menampung perbelanja­an harian dan dijadikan simpanan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SYUKUR: Pekebun memegang sepanduk ‘Terima Kasih’ Perdana Menteri pada Majlis Penyampaia­n Dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap dekat Temerloh, semalam.
— Gambar Bernama SYUKUR: Pekebun memegang sepanduk ‘Terima Kasih’ Perdana Menteri pada Majlis Penyampaia­n Dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Nasional 2018 di Kampung Peragap dekat Temerloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia