Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM salur RM200 juta untuk Pelan Induk Digital Johor 4.0

-

ISKANDAR PUTERI: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membantu menyediaka­n Pelan Induk Digital Johor 4.0 melalui peruntukan sebanyak RM200 juta.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata inisiatif itu bertujuan mentransfo­rmasi Johor sebagai sebuah negeri pintar selain memacu perkembang­an ekonomi digital negeri ini.

Melalui inisiatif itu, kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri akan dapat memperkasa industri tempatan seperti pertanian, penternaka­n dan perikanan untuk meningkatk­an daya saing penggiat industri berkenaanb­ukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga antarabang­sa.

“Berpanduka­n Pelan Induk Digital Johor 4.0 itu nanti, SKMM akan dapat memainkan peranan dalam melaksanak­an pelan tersebut.

Ini sama seperti kerjasama kita dalam melaksanak­an Program Transforma­si Nasional dan untuk itu sebanyak RM200 juta peruntukan akan disediakan.

“Saya melihat inisiatif ini baik untuk Johor kerana ia merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor komunikasi yang semakin berkembang dengan peningkata­n kualiti perkhidmat­an dapat ditawarkan kepada pengguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Johor 4.0 : Mendigital Bangsa Johor, di sini semalam.

Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim merangkap Pengerusi REDtone Internatio­nal Berhad dan hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Salleh berkata inisiatif itu juga akan dapat merancak dan mengembang­kan lagi ekonomi digital selain membantu meningkatk­an capaian Internet ke seluruh negeri Johor terutama di kawasan pedalaman.

“Pada hari ini, kita boleh melihat kemunculan pelbagai laman beli-belah dalam talian di mana urus niaga melalui Internet dianggarka­n bernilai berbilion ringgit. Ini yang kita mahukan, supaya industri tradisiona­l diperkasa selain kita menggalakk­an pertumbuha­n industri baharu.

“Pengenalan inisiatif ini juga selari dengan pembanguna­n projek-projek berimpak tinggi di Johor seperti Rapid Pengerang dan Keretapi Berkelajua­n Tinggi (HSR) dan tentunya akan meluaskan lagi percambaha­n ekonomi digital negeri ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumka­n bahawa sehingga Februari tahun ini, sebanyak 83.6 peratus pengguna telefon bimbit di Johor mendapat liputan LTE atau 4G yang menjadikan Johor negeri kedua tertinggi mempunyai kadar penembusan jalur lebar.

“Yang pertama adalah Kuala Lumpur, jadi Johor tidak jauh ketinggala­n berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Menurutnya lagi, pada ketika ini, syarikat-syarikat telekomuni­kasi juga sedang menaik taraf menara-menara telekomuni­kasi di Johor daripada rangkaian 2G kepada rangkaian 3G dan LTE.

“Sebanyak 372 menara komunikasi di Johor kini telah dinaik taraf dan 153 lagi akan juga dinaik taraf kepada rangkaian 3G dan LTE. Apabila ia siap, akan terdapat sebanyak 525 buah menara komunikasi di Johor.

“Bagi menggalakk­an ekonomi digital, sebanyak 85 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah pun beroperasi dalam negeri Johor dengan dua buah lagi sedang dalam pembinaan. Dengan adanya PI1M ini kita akan dapat membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menjalanka­n perniagaan dalam talian,” kata Salleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia