Utusan Borneo (Sarawak)

NGO perlu contohi M.A.S perhebat kerja amal kepada yang memerlukan

-

KOTA KINABALU: Badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini perlu mencontohi usaha gigih ahli Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (M.A.S) yang sentiasa memperheba­tkan kerja amal mereka kepada golongan yang memerlukan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha sedemikian yang dilihat cukup baik dalam membantu meringanka­n beban golongan sasar.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga sememangny­a sentiasa bergerak aktif menyalurka­n pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, namun tidak semua dapat dipenuhi.

“Dengan adanya kerjasama pihak swasta termasukla­h M.A.S sebagai NGO sendiri, sudah pasti kebajikan golongan yang memerlukan bantuan ini akan terus dijaga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Amal bersama Ibu-Ibu Tunggal dan sambutan Ulang Tahun M.A.S ke-4, di sini pada Sabtu.

Jainab mengajak seluruh ahli M.A.S supaya menyertai sebarang aktiviti sukarelawa­n yang dilaksanak­an oleh kementeria­nnya melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

Katanya, sumbangan yang disalurkan bukan hanya berupa wang ringgit, tetapi juga melibatkan tenaga serta kemahiran yang amat diperlukan oleh kementeria­nnya.

Sementara itu, Presiden M.A.S Suhaimi Buang berkata, persatuan itu kini sudah mencecah usia empat tahun dan pelbagai liku cabaran berjaya ditempuhi oleh ahlinya sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, jumlah keahlian setakat ini juga sudah mencecah hampir 3,000 orang yang terdiri daripada golongan belia setiap daerah di negeri ini.

“Saya amat menghargai komitmen setiap ahli M.A.S yang sentiasa ikhlas menabur bakti melakukan kerja amal.

“Justeru, saya harap agar kerjasama semua ahli M.A.S akan terus terjalin demi memartabat­kan agama, bangsa dan tanah air tercinta ini,” katanya.

 ??  ?? TERUS MAJU: Sesi memotong kek sempena sambutan UlangTahun M.A.S ke-4 yang disempurna­kan oleh Jainab (empat kiri), Suhaimi (tiga kiri) dan Shameer (tiga kanan) serta ahli M.A.S yang lain.
TERUS MAJU: Sesi memotong kek sempena sambutan UlangTahun M.A.S ke-4 yang disempurna­kan oleh Jainab (empat kiri), Suhaimi (tiga kiri) dan Shameer (tiga kanan) serta ahli M.A.S yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia