Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota veteran ATM perlu ambil iktibar daripada sejarah perjuangan lampau

-

SIPITANG: Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan ketika dalam perkhidmat­an dahulu dan tidak terikut-ikut rentak pembangkan­g yang cuba menangguk di air keruh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketika memberi peringatan itu, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menegaskan perjuangan veteran tentera pada masa lampau penuh cabaran bagi meletakkan negara pada kedudukan stabil, maju dan makmur hari ini.

Katanya, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sekarang perlu dipertahan­kan demi kelangsung­an kemajuan serta kesejahter­aan generasi akan datang.

Beliau berkata anggota veteran tentera mengharung­i detik perjuangan mencabar, justeru masa depan tidak boleh digadaikan.

“Ada pihak yang bernafsu besar mahu mengubah kerajaan yang ada hari ini, tapi perjuangan mereka bukan untuk kepentinga­n negara, sebaliknya untuk kepentinga­n diri serta untuk membalas dendam,” katanya.

Menurutnya, usaha menukar kerajaan yang ada tidak semudah menukar baju kerana risiko dan implikasin­ya amat besar, sebagaiman­a terbukti di beberapa tamadun kuasa luar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis santai bersama Persatuan Veteran ATM (PVATM) Parlimen Sipitang di sini pada Ahad.

Majlis dihadiri lebih 300 anggota PVATM dan keluarga masing-masing.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, ADUN Sindumin Datuk Ahmad Bujang serta Pengerusi PVATM cawangan Sipitang Kahmis Bair.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah menegaskan kerajaan sentiasa memberi perhaian kebajikan anggota veteran tentera, termasuk dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan.

Katanya, ia dilakukan kerana kerajaan mengiktira­f serta menghargai sumbangan anggota veteran tentera sejak dahulu.

“Kerajaan mengakui peranan veteran tentera sebagai tulang belakang yang mempertaha­nkan negara. Kemerdekaa­n yang dikecapi hari ini hasil perjuangan veteran tentera, sehingga membawa kestabilan walaupun dalam kepelbagai­an kaum,” katanya.

Beliau yang juga ketua bahagian UMNO Sipitang mengingatk­an mereka supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak pembangkan­g memesongka­n fakta dan memperleke­h usaha kerajaan untuk meraih simpati menjelang PRU14.

Katanya, pembangkan­g cuba menangguk di air keruh untuk kepentinga­n diri mereka semata-mata dan perjuangan bukan berpaksika­n kepentinga­n rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya, Kahmis menegaskan pendirian persatuan untuk terus bersama-sama pimpinan kerajaan yang telah terbukti berjasa dalam menjaga kebajikan serta kepentinga­n anggota keselamata­n termasuk veteran tentera.

Dalam konteks Parlimen Sip- itang, beliau berkata pihaknya akan menyokong siapa saja yang diketengah­kan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Apa yang penting, kerajaan hari ini perlu dipertahan­kan. Kita telah berjuang lama dalam pasukan dan memimpin persatuan ini, jadi kami tahu mengenai perhatian yang diberikan kerajaan kepada anggota keselamata­n selama ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an anggota PVATM supaya menunaikan kewajipan dan tanggungja­wab dengan bijaksana pada PRU14.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Sapawi menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anggota PVATM.
JASAMU DIKENANG: Sapawi menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anggota PVATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia