Utusan Borneo (Sarawak)

Warga APM disaran beri perkhidmat­an terbaik

-

LABUAN: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disaran memberi perkhidmat­an yang terbaik dalam menyumbang bakti kepada masyarakat.

Timbalan Pengarah APM Negeri Wilayah Persekutua­n Lt Kol (PA) Mohd Zahri Abdul Aziz berkata, warga APM perlu mengekalka­n kesiapsiag­aan pada tahap tertinggi.

Selain itu katanya, setiap anggota APM hendaklah sentiasa peka terhadap apa juga kemungkina­n bencana atau kejadian yang melanda.

Menurutnya, usaha itu bagi memartabat­kan APM ke arah sebuah organisasi berprestas­i tinggi, diberkati dan mencapai matlamatny­a untuk terus memberi perkhidmat­an cemerlang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Perhimpuna­n Bulanan (APM) Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di sini.

“Selaku sekretaria­t pengurusan bencana dan keselamata­n di Labuan, warga APM perlu memberikan perkhidmat­an yang terbaik dalam menyumbang bakti dengan seikhlas hati bagi kesejahter­aan rakyat dan negara,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Zahri turut menyampaik­an sumbangan Dana Kasih Sayang Pertahanan Awam (DASPA) kepada ahli APM yang terpilih Lans Koperal (PA) Mohamad Abdullah.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pegawai Bersekutu Pasukan Siswa APM Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Leftenan Kolonel (PA) Profesor Madya Dr Norazah Mohd Suki dan Pengarah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Labuan Abdullah Muhamad.

Beberapa bentuk penghargaa­n diberikan kepada warga APM Labuan yang cemerlang termasukla­h Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, Sijil Penghargaa­n kepada Anggota Skim Keselamata­n dan Pertahanan, Anggota Skim Gunasama Perkerania­n, Anggota Sukarela Tugas Pejabat, Anggota Sukarela Tugas Operasi dan Anggota Sukarela Pertahanan Awam.

Turut hadir, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Wilayah Persekutua­n Labuan Mejar (PA) Zico Sual.

 ??  ??
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN TERBAIK: Anggota Pasukan Siswa APM UMSKAL yang hadir pada majlis itu.
PERKHIDMAT­AN TERBAIK: Anggota Pasukan Siswa APM UMSKAL yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia