Utusan Borneo (Sarawak)

HAMIDIN SEDIA GALAS PRESIDEN FAM

Keputusan itu dibuat selepas mendapatka­n pandangan Tunku Ismail, pelbagai pihak

-

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan kesediaan bertanding merebut jawatan Presiden FAM yang baharu pada Kongres Tahunan kali ke54 badan induk itu dijadual berlangsun­g Julai depan.

Hamidin yang mula menyandang jawatan Setiausaha Agung itu pada 2013, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapatka­n pandangan pelbagai pihak selain turut berbincang bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sudah tentu hari ini saya menunggu jawapan daripada Exco FAM selepas Tunku Ismail mengesyork­an saya sebagai calon presiden baharu... saya begitu terharu dengan sokongan daripada mereka (Exco) yang semuanya dengan satu niat bersetuju mahu fasa peralihan bola sepak negara dapat dijalankan dengan baik.

“Setelah mengambil kira semua faktor selain berbincang dari hati ke hati bersama Tunku Ismail serta mendapatka­n pandangan pelbagai pihak, saya ingin mengesahka­n saya y bersedia bertandrta­nding jawatan presiresid­en FAM pada da Kongres Ta- hunan, Julai ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM M di Wisma FAM M di sini, semalam. .

Terdahulu, mesyuarat khas itu sebulat suara bersetuju menerima pe peletakan jawatan T Tunku Ismail seba sebagai presiden serta memilih Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi untuk memangku jawatan yang dikosongka­n TMJ itu sehingga kongres tahunan badan induk itu nanti.

Pada masa sama, Hamidin berharap hasrat Tunku Ismail untuk melihat beliau menyambung tugasan baginda selaku presiden dipersetuj­ui semua pihak, namun tidak menghalang sekiranya ada mana-mana anggota gabungan FAM yang ingin mencalonka­n individu lain.

“Kancah bola sepak negara kita ini berada pada tahap di bawah, jadi kita di bahagian kepimpinan tertinggi seperti yang diamanahka­n oleh Tunku Ismail inginkan satu fasa perali- han yang cantik tanpa sebarang masalah untuk terus bergerak ke hadapan.

“Sudah tentu dalam undangunda­ng dibenarkan orang untuk bertanding dan kita tidak akan melarang siapa sahaja yang ingin bertanding. Tetapi kalau mereka memikirkan demi kebaikan bola sepak negara dan mengambil kira sokongan diberikan barisan Exco, kita berharap kalau boleh biarkan hanya satu calon.

“Seperti saya katakan, sesiapapun rakyat Malaysia kalau dicalonkan oleh anggota gabungan (FAM), mereka berhak bertanding,” katanya.

Sudah tentu hari ini saya menunggu jawapan daripada Exco FAM selepas Tunku Ismail mengesyork­an saya sebagai calon presiden baharu... saya begitu terharu dengan sokongan daripada mereka ( Exco) yang semuanya dengan satu niat bersetuju mahu fasa peralihan bola sepak negara dapat dijalankan dengan baik.

Datuk Hamidin Mohd Amin Setiausaha Agung FAM

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEPIMPINAN TERTINGGI: Hamidin ( duduk, tiga kanan) bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi (tengah) dan ahli jawatankua­sa FAM selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM Bagi Penggal...
— Gambar Bernama KEPIMPINAN TERTINGGI: Hamidin ( duduk, tiga kanan) bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi (tengah) dan ahli jawatankua­sa FAM selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif FAM Bagi Penggal...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia