Utusan Borneo (Sarawak)

WASPADA JALAN BERBAHAYA

Kereta masuk gaung, MBM diminta tangani bahaya di jalan ke Muzium Petroleum.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) diminta mengambil langkah segera menangani bahaya di sepanjang jalan menuju ke Muzium Petroleum di Bukit Kanada di sini, ekoran kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam gaung di pinggir jalan berkenaan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata tiga perkara utama yang perlu dilaksanak­an segera bagi mengatasi keadaan berbahaya di laluan tersebut ialah pertama, meninggika­n rel keselamata­n di selekoh berbahaya.

"Kedua, membersihk­an kawasan semak tebal dan rumput tinggi di sepanjang laluan di situ kerana keadaan tersebut telah menjadi 'titik buta' kepada pengguna kenderaan sama ada naik atau menuruni jalan bukit yang curam itu.

"Ketiga, saya meminta pihak Majlis Bandaraya Miri meratakan jalan yang pernah dibaiki kontraktor terdahulu yang tidak rata dan berbonggol," jelas Lee sambil menambah, beliau tidak berpuas hati dengan cara jalan tersebut dibaiki.

Pembaikan ke atas jalan di laluan yang pernah retak itu bukannya menjadikan­nya lebih baik, sebaliknya berbahaya kerana berbonggol di sepanjang laluan curam itu.

"Sebaik sahaja saya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan di laluan itu, saya terus pergi ke Bukit Kanada bersama pembantu khas saya Erick Chin dan mendapati kereta terjunam ke dalam gaung di lereng bukit itu dalam keadaan terbalik," jelasnya.

Bagaimanap­un pemandu kereta terbabit terselamat dalam kejadian itu.

Hasil tinjauanny­a di sepanjang laluan tersebut mendapati keadaannya agak berbahaya dan sehubungan itu, beliau terus menghubung­i pihak MBM untuk melihat keadaan tersebut.

"Saya terus menghubung­i Datuk Bandar Miri Adam Yii dan mengarahka­n MBM melakukan segera tiga perkara utama tadi sebagai penyelesai­an segera di laluan berbahaya itu dan beliau (Adam) turut bersetuju perkara ini diberi keutamaan," jelas Lee.

Sehubungan itu, Lee meminta orang ramai terutama pengguna yang tidak biasa dengan keadaan jalan tersebut supaya memandu dengan berhati-hati di sepanjang laluan agak curam menuruni Bukit Kanada.

 ??  ?? BAHAYA: Lee (dua kanan) bersama Erick (kanan) ketika meninjau keadaan kereta yang terjunam ke gaung di lereng Bukit Kanada itu.
BAHAYA: Lee (dua kanan) bersama Erick (kanan) ketika meninjau keadaan kereta yang terjunam ke gaung di lereng Bukit Kanada itu.
 ??  ?? TIDAK SELAMAT: Lee (kiri) melahirkan rasa kecewa dengan pembaikan jalan tersebut yang berbonggol dan tidak rata.
TIDAK SELAMAT: Lee (kiri) melahirkan rasa kecewa dengan pembaikan jalan tersebut yang berbonggol dan tidak rata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia