Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima BR1M tanpa akaun bank terima baucar secara langsung

-

MIRI: Kesemua penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima bantuan mereka secara terus dan berperingk­at dalam masa terdekat ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata, penyerahan baucar BR1M tersebut akan dilakukan oleh wakil rakyat di kawasan masing-masing.

“Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, seramai 2,619 penerima BR1M yang tidak mempunyai akaun bank dan mereka akan menerima melalui baucar yang akan diserahkan secara berperingk­at-peringkat mengikut kawasan,” jelas Lee.

Manakala bagi kawasan DUN Piasau pula, penerima BR1M secara baucar hanya seramai 258 orang.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berharap para penerima BR1M secara baucar bersabar menunggu giliran penyerahan baucar mereka kerana beliau tetap akan menyampaik­annya kepada mereka mengikut kawasan masing-masing.

Menurut Lee terdapat tiga cara penerima BR1M secara baucar ini boleh mendapatka­nnya iaitu pertama mereka boleh datang ke pejabat khidmat beliau (SUPP Cawangan Senadin) di Permyjaya, bagi yang tiada alamat tetap dan tidak dapat dihubungi, kedua ialah melalui penyerahan baucar secara terus melalui beliau sendiri selaku wakil rakyat.

Ketiga katanya, bagi yang mempunyai alamat dengan jelas dan tetap, baucar tersebut akan dihantar terus ke alamat masing-masing.

Terdahulu, Lee bersama ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting telah menyerahka­n baucar BR1M kepada penghuni rumah jagaan orangorang tua - Home For The Aged di Krokop dekat sini.

Seramai 11 penerima BR1M dari pusat berkenaan dengan 10 penerima dari kawasan DUN Senadin, manakala seorang lagi penerima dari DUN Piasau.

Sementara itu menurut Lee, berdasarka­n rekod pada tahun lalu, lebih 40,000 orang dari kawasan DUN Senadin, layak menerima BR1M bagi ketiga- tiga kategori iaitu bujang dan berpendapa­tan kurang RM2,000, isi rumah berpendapa­tan kurang RM3,000 serta isi rumah berpendapa­tan antara RM3,000 hingga RM4,000 dan kategori e-Kasih.

 ??  ?? TERIMALAH: Lee menyerahka­n baucar BR1M kepada salah seorang penerima warga emas di pusat jagaan Home For The Aged di Krokop, Miri semalam, sambil disaksikan Sebastian (empat kiri) dan pembantu khasnya Erick Chin (tiga kiri).
TERIMALAH: Lee menyerahka­n baucar BR1M kepada salah seorang penerima warga emas di pusat jagaan Home For The Aged di Krokop, Miri semalam, sambil disaksikan Sebastian (empat kiri) dan pembantu khasnya Erick Chin (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia