Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara kerana kasari pegawai Imigresen, RELA

Lima lelaki warga Brunei kena dua tahun, denda selepas didapati bersalah lakukan kekerasan jenayah

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Lima lelaki warga Brunei yang mengasari pegawai Imigresen dan anggota RELA di Pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tedungan pada Rabu minggu lepas terpaksa meringkuk dalam penjara apabila Mahkamah Majistret menjatuhka­n hukuman dua tahun penjara dan denda semalam.

Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhka­n hukuman itu ke atas Abdul Hakim Muhammad Irwan, 23; Md Shahril Hazmin Sabli, 23; Abdul Hafiz Muhammad Irwan, 28; Muhammad Khairuddin Othman, 30, dan Muhammad Fairuz Rezuan Farizal, 22, yang berdepan tiga pertuduhan.

Berdasarka­n pertuduhan, kelima-lima tertuduh dihukum penjara lapan bulan dan didenda RM2,000 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalanka­n kewajiban yang sah di sisi undang-undang, kelima-lima tertuduh dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2,000.

Kesemua tertuduh juga dihukum penjara empat bulan dan denda RM2,000 bagi kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 29 Mac lepas dan jika gagal membayar denda, kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan empat bulan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Sivanesraw­an a/l Nadaraja dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? TANGGUNG AKIBAT: Lima tertuduh warga Brunei diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Limbang semalam.
TANGGUNG AKIBAT: Lima tertuduh warga Brunei diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia