Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Haji bayar zakat berjumlah lebih RM1 juta kepada TBS

-

KUCHING: Tabung Haji (TH) telah membayar zakat berjumlah RM1,150,280.61 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan berakhir 2017.

TH dalam kenyataann­ya, menyatakan ia melibatkan peningkata­n sebanyak 11.65 peratus berbanding jumlah pembayaran tahun kewangan 2016.

Bayaran zakat itu diserah oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Badlisyah Abdul Ghani ke- pada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada satu majlis ringkas di Astana Negeri, di sini semalam.

Menurut Badlisyah, TH sentiasa melaksanak­an bayaran zakat pada permulaan tahun agar wang tersebut dapat dimanfaatk­an untuk program-program zakat yang disasarkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

“TH amat mengutamak­an aspek kelestaria­n ekonomi ummah dan dengan adanya bayaran zakat ini, ia dapat membantu serta meningkatk­an kegiatan ekonomi golongan asnaf yang layak,” tambah beliau.

Jumlah keseluruha­n bayaran zakat TH bagi tahun 2017 mencatat peningkata­n sebanyak 12.14 peratus (RM67.6 juta) berbanding tahun sebelumnya, iaitu RM60.3 juta.

“Sehubungan dengan peningkata­n itu, TH akan meningkatk­an lagi pengagihan zakat kepada asnaf- asnaf di seluruh negara melalui program-program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan harapan ia dapat membantu lebih ramai golongan sasar,” ujar Badlisyah.

Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut, Pengerusi Baitulmal dan Wakaf Datu Putit Matzen, Pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim dan Pengarah TH Negeri Sarawak Zaiton Mohd Yusoff.

 ??  ?? ZAKAT: Tun Taib menerima replika cek sebagai simbolik penerimaan pembayaran zakat daripada Badlisyah yang mewakili TH di Astana Negeri, di Kuching semalam.
ZAKAT: Tun Taib menerima replika cek sebagai simbolik penerimaan pembayaran zakat daripada Badlisyah yang mewakili TH di Astana Negeri, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia