Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Komuniti galak pelajar, pegawainya jadi sukarelawa­n APM

-

KUCHING: Kolej Komuniti akan terus menggalakk­an penglibata­n pelajar dan pegawainya sebagai sukarelawa­n Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai salah satu usaha menyebar luas ilmu pertahanan awam bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Leftenan Kolonel Bersekutu Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman berkata ia juga untuk membentuk keperibadi­an mereka menjadi pemimpin berkaliber, bertanggun­gjawab serta mempunyai pengetahua­n tambahan dalam pertahanan wam.

“Sehingga kini, Pasukan Pelatih Institusi Kemahiran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(PelatihAPM) bergerak aktif di Kolej Komuniti,” katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat serta Penyampaia­n Watikah Pegawai Bersekutu APM, Kolej Komuniti Sarawak di auditorium Yayasan Sarawak dekat sini semalam.

Majlis tersebut disempurna­kan Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak Datuk Chai Khin Chung yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir Penolong Pesuruhjay­a APM Abdul Wahab Rahim dan Pengarah APM Sarawak Kolonel Mohtar Samat.

Mohamad Nasir menambah, ia jelas apabila sehingga hari ini, terdapat lebih 6,890 pelatih APM di Kolej Komuniti seluruh negara.

Katanya, mereka telah mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam yang dikendalik­an jurulatih- jurulatih bertauliah daripada APM.

Manakala, katanya seramai 625 pegawai Kolej Komuniti telah ditauliahk­an pangkat sebagai pegawai bersekutu.

“Ini menjadi bukti jelas betapa seriusnya Kolej Komuniti dalam pelaksanaa­n pelatih APM,” katanya.

Justeru, beliau menyifatka­n Majlis Pemakaian Pangkat serta Penyampaia­n Watikah Pegawai Bersekutu APM, Kolej Komuniti Sarawak akan memberi makna yang amat be- sar dan menjadi medan utama dalam melahirkan pegawai pasukan yang profesiona­l dan terlatih.

Ia juga menjadi pendukung dalam menyebar luas peranan APM khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) secara amnya dalam merealisas­ikan Agenda Keselamata­n Awam Rakyat dan Negara.

“Kolej Komuniti Sarawak sentiasa komited untuk menggerakk­an pelatih APM yang selari dan bertepatan ke arah lonjakan 1 iaitu melahirkan graduan yang holistik, bercirikan kesukarela­an dan seimbang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia