Utusan Borneo (Sarawak)

Purata penurunan harga kereta capai 16.38 peratus sejak 2013

-

polis amat memuaskan dan yakin isu keselamata­n akan ditangani dengan baik dan berkesan menjelang PRU14 nanti.

“Kami telah mengenal pasti lebih 100 individu di Sarawak dan terdapat 1,151 masalah menjelang dan semasa pilihan raya.

Katanya, pihaknya membentuk pasukan Cantas untuk menangani isu jenayah atau samseng yang akan mengganggu gugat perjalanan pilihan raya kelak.

Antara 17 ‘kawasan panas’ ialah Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, katanya.

Sekiranya keperluan itu timbul, beliau berkata, Pasukan Gerakan Am akan dikerah untuk membantu mengawal keadaan.

“Dan sekiranya keadaan bertambah buruk, kami akan membawa masuk Unit Rizab Persekutua­n (FRU),” katanya.

Fuzi dijangka mengadakan lawatan sama ke Kuching hari ini.

“Secara keseluruha­nnya, saya berpuas hati dengan tahap persediaan polis Sibu bagi menghadapi PRU14,” tambahnya.

HadirsamaP­engarahJab­atan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit dan Timbalanny­a Superinten­den Martin Koo. KUALA LUMPUR: Purata penurunan harga kereta mencapai 16.38 peratus pada 2013 hingga Februari lepas.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan memberitah­u persidanga­n Dewan Negara bahawa tahun lepas, harga kereta secara keseluruha­nnya menurun sebanyak 0.52 peratus.

“Pada 2016 pula, harga kereta meningkat sebanyak 2.13 peratus berikutan kejatuhan nilai ringgit yang menyebabka­n pihak syarikat pengeluar kenderaan tidak dapat membuat penguranga­n harga kereta. Pada tahun tersebut, penurunan harga kereta secara keseluruha­n hanya pada tahap 12.55 peratus,” katanya.

B e l i a u m e n j a w a b pertanyaan Senator Datuk Yong Wui Chung yang bertanya apakah sasaran 30 peratus penurunan harga kereta seperti yang dijanjikan lima tahun lepas dapat dicapai serta apa halangan yang dihadapi kerajaan bagi mencapai sasaran tersebut.

Ahmad berkata beberapa model kereta telah diturunkan harga secara berperingk­at bagi tempoh 2013 hingga 2017 termasuk Proton Exora 1.6 dengan penurunan sebanyak 4.7 peratus, Perodua Alza 1.5 (11.3 peratus), Perodua Myvi 1.3 (19.4 peratus), Mazda CX- 5 ( 6.6 peratus) dan Honda Jazz (19.3 peratus).

Beliau berkata bagi mencapai sasaran 30 peratus penurunan harga kereta itu, terdapat beberapa cabaran utama yang perlu dihadapi seperti kenaikan mata wang asing berbanding ringgit, ketidakten­tuan pasaran, faktor pasaran iaitu harga unit komponen terurai (CKD) yang diimport dan diperoleh dari pasaran tempatan, kos pengangkut­an, insurans dan kadar faedah pinjaman.

Ahmad berkata harga kereta tidak ditetapkan oleh pihak kerajaan sebaliknya ditentukan syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia