Utusan Borneo (Sarawak)

Etnik Rohingya terkandas di Langkawi diserah kepada Imigresen

-

KUALA LUMPUR: Sebuah bot membawa 56 etnik Rohingya yang terkandas di perairan Langkawi pagi semalam akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata etnik Rohingya berkenaan yang dalam jagaan polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut diberi bantuan kemanusiaa­n.

“Mereka terdiri daripada 19 lelaki dewasa, 17 wanita, 12 kanak-kanak perempuan serta lapan kanak-kanak lelaki mendapat penjagaan sebaiknya termasuk diberi makan minum,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Sukarelawa­n APM di bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata bot dinaiki etnik Rohingya itu dipercayai menghala ke selatan Andaman dari perairan Thailand sebelum tersasar dan dikesan polis marin.

Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan penduduk tempatan menemui sebuah bot membawa etnik Rohingya di Koh Lanta berhampira­n wilayah Krabi di selatan Thailand dipercayai dalam per- jalanan ke Malaysia sebelum hujan ribut memaksa bot itu mencari perlindung­an sementara di pulau berkenaan.

Pada majlis semalam, Shahidan yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis APM se- lama dua tahun oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pesuruhjay­a APM Datuk Azmi Yahya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WATIKAH PELANTIKAN: Shahidan (tengah) menerima Watikah Pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama dua tahun yang disampaika­n oleh Azmi (kiri) pada pelancaran Majlis Sukarelawa­n APM di Parlimen dekat Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama WATIKAH PELANTIKAN: Shahidan (tengah) menerima Watikah Pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama dua tahun yang disampaika­n oleh Azmi (kiri) pada pelancaran Majlis Sukarelawa­n APM di Parlimen dekat Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia